Monday, November 6, 2023

KEMBALI KEPADA ALLAH


 ZAMILAH BINTI LOMAN.

31 Oktober 2023.

16 Rabiulakhir 1445.

2150H,Selasa.

    Hari yang membawa duka cita kepada kawe dan keluarga,kembalinya Mek (Mak) ke sisi Illah pemilik segala makhluk yang bernyawa.Segala puji kepada Nya yang Maha Hidup dan Maha Pengasih dimohon kepadaNya kasih dan sayang agar dikurnia kepada Mek yang dicintai.

    Tiada daya untuk diri ini menahan kesedihan yang melanda hati yang lagi hiba.Namun janji Allah telah datang menemui insan yang kami sayang yang telah melahirkan dan membesarkankan kami bersama ayah yang teguh berjuang untuk menyuap kami dengan rezeki yang halal dan baik.

 

www.muslimkita.com
    

    Maka terputuslah amalan dunia,hanya tinggal kami sebagai anak soleh dan solehah yang mana telah diasuh dan diberi didikan oleh Mek semenjak kecil.


Akan disunting semula.

Saturday, June 24, 2023

Pengasuhnya mak-mak.

PANTAI TELUK BAYU


   Pada 23 Jun 2023,Jumaat adik (Kak Cik,adik ipar (Mak Dik) dan anak saudara kawe datang ke rumah adik (Kak Ngah) kawe yang ada Bayan Lepas.Mereka datang untuk menjaga anak Kak Ngah disebabkan pengasuh dia telah awal bercuti dan pulan ke kampung sempena sambutan hari raya korban.Hari ini,24 Jun 2023 kawe kesana untuk bertemu mereka semua dikeranakan kawe kerja separuh hari dapatlah pergi juga hari ini.

Layan adik,sulong sama sulong.
    
        Perkhelahan tidak dirancang,sesampai kerumah Kak Ngah,suaminya beri cadangan untuk ke pantai pada waktu lepas Asar.Maklumlah jarak rumah mereka ke pantai tidak jauh cuma berjalan kaki sahaja kami.Anak kawe bermain pasir pantai dengan baju yang tidak sepatutnya untuk bermain pasir.

Ayah pun layan pasir.

Ini pun sulong sama sulong sama sulong.

         Kami mengambil angin laut dan beri masa untuk anak-anak main pasir lebih kurang satu jam setengah.Dalama masa itu mama-mama mereka juga sempat rendam kaki dalam air laut.Kami pulang semula ke rumah Kak Ngah untuk membersihkan diri dari pasir pantai yang di tabur anak.Jam lapan malam kami bertolak pulang ke rumah kami di Bukit Mertajam.

        Harapan nanti suatu hari mahu bawa juga Tok Ayah dan Tok Mek untuk datang bercuti ke Pulau Pinang.