Tuesday, November 22, 2011

Mahu cuba hobi baru..

Hobi Lain Pula.

   Radio amatur kawe dah dapat,kira dah bolehlah,walaupun kelas B,sekarang kawe nak cuba hobi baru pula,Falak atau Astronomi.
     Falak ni merupakan ilmu yang kawe minat dari sekolah lagi,tapi kerana masa belajr kawe bnyk main2,xdpt la nak truskn,utk mmenuhi hasrat tu,maka kawe nak cuba hobi ni,guna teleskop biasa je,D90xF900 atau D50xF350.

Teleskop jenis pantulan
    Sambil melayan hobi boleh juga melihat keindahan alam yang diciptakan Allah.

Letupan Supernova.

Falak dan Radio Amatur Digabung bersama,mungkin hasilnya menarik.
Gerhana
Bima sakti
Bulan
Balai Cerap
Hobi ni macam2 jenis,semua minat xsama,tp pilih la hobi yang kena dgn gaya hidup..


Terima jelas.

Sunday, November 20, 2011

Patriotik lawan Politik

Kawe Bukan Ahli Politik.

  Ahad hari cuti,hujung bulan tiada modal hendak pergi jalan2.,sambil buang masa kawe belek2lah laman sesawang,terjumpa satu blog yang mencatat satu masalah yang mahu ditimbulkan oleh seorang ahli politik,menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap Jalur Gemilang,kononnya Jalur Gemilang kita itu hanyalah satu mainan politik sahaja.

   Setelah membaca petikan yang dikeluarkan membuatkan semangat dijiwa kawe membuak2 dengan tiba2 dan membangkitkan semangat perajurit yang terpendam dengan itu dapatlah bagi kawe untuk tulis nota yang pendek ini.

Jalur Gemilang


  Walaupun kawe orang biasa,yang tidak tinggi ilmu didada,tapi semangat cintakan Malaysia tebal dihati kawe,kerana Malaysia tempat tumpah darah pertama kawe,tempat dimana kawe dibesarkan,diberi pengetahuan yang mencukupi untuk meneruskan hidup dan membangunkan negara Malaysia dimasa hadapan.

  Kawe rasa amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia sejati (Bumuputera),walaupun kawe tidak dapat membanggakan negara dimata dunia seperti mana wira2 negara kita,namun itu semua bukan alasan untuk kawe menjadi warganegara yang mengkhianati negara sendiri,Malaysia.

   Seperti kawe nyatakan tadi,kawe bukanlah orang yang tinggi ilmiah,namun kawe sebagai salah seorang warganegara yang berkewajiban untuk memilih pemimpin negara kita,kawe harapkan pemimpin yang dipilih nanti berkhidmat dengan ikhlas untuk negara,jangan kedudukan yang tinggi disalah gunakan.

   Rakan2 semua,tahu atau tidak siapa yang mencipta bendera Malaysia atau Jalur Gemilang?.Baiklah ini serba sedikit yang kawe tahu melalui pembacaan kawe-lah.Bendera Malaysia dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah, dan dicipta pada 1947 kemudian pertama kalinya dinaikkan dan berkibar  pada 31 Ogos 1957.Allahyarham merupakan seorang arkitek kerajaan negeri Johor dan telah kembali ke sisi Ilahi pada tahun 1993.

Pencipta bendera Malaysia.
   Itu sahaja yang dapat kawe catatkan.

Berkhidmat Untuk Negara
6209392 PM Zainal
9W2FLV

rujukan : http://www.kujie2.com/artikel/sejarah-jalur-gemilang.html.
ubah suai dari nota Facebook kawe  http://www.facebook.com/zulualpha1985

Friday, November 18, 2011

Pilihan Hati

SERABUT WEIHHHH..

  Malam ini chat melalui Muka Buku bersama rakan HAM,tajuk perbualan CB Radio.
Kawe pula dah lama bercita2 nak miliki seunit CB Radio ni,paling kawe tak tahan bila beliau cerita hanya menggunakan handy CB dapat QSO dengan rakan2 dari Taiwan,itu baru kuasa pancaran 4watt,bayangkanlah andai menggunakan kuasa pancaran 45watt.Eropah mungkin dapat dimodulat.
  Duit ada,masalah bagi kawe sekarang ni,ada 2 asset nak beli ni,terpaksa belajar Ekonomi Asas,kos lepas,antara MCB-45W Radio (RM500) dan Acer Aspire One Netbook(RM900).
Acer Aspire One Netbook
MCB-45W Radio
   Kalau ada rezeki lebih nak buat koleksi handy..best juga tu,isi masa lapang,kosongkan dompet.

Breaker Breaker.
Handle here Gold Sand Boy
10-4.
(terpengaruh dengan cerita Convoy dan The Bandit.)

Friday, November 11, 2011

Banyak Air Hujan (B.A.H)

Banyak.Air.Hujan

 
November kian tamat,tanda musim tengkujuh dah hampir,cuaca dikampung kawe pn dah nmpok tak berapa nak cerah..jo'on (mendung)..
Ikut petua nenek kawe gak,kalau hujan pada hari jumaat pada musim tengkujuh ni,berkemungkinan hujan akan berlarutan selama seminggu,diikuti dgn paras air sungai meningkat,air pertama naik pada paras kuning,yg ni mcm pesta lah,ikan sungai pn bnyk,4,5 hari surut,air kedua naik ke paras berjaga2 n kawasan rendah perlu berpindah,4,5 hari surut,air ketiga datang pada paras bahaya iaitu air mencapai 5m,rumah kawe alhamdulillah kawasn tggi sikit je..paling kurang air naik ke paras buku lali keatas rumah.mkn atas sampan,seronok.
Rumah kawe dekat jah dgn Sungai Golok,lbh kurang 100m,sbb tu kawe boleh crta tu.
Sudah 5 tahun kawe tak smpat main bnjir krna merantau.