Sunday, October 7, 2012

KECEWA.

Apabila disalah ertikan.

Terbaca satu laporan akhbar terkilan dengan laporan yang disampaikan.
Walaupun kawe tidak seberapa lama terlibat dalam hobi ini,tapi tersentuh rasa terkilan apabila hobi yang kawe minati ini salah ertikan.Kawe seorang pengendali Radio Amatur di Malaysia,pengendali yang diperakui kompeten oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia-SKMM untuk mengendalikan Radas Amatur Kelas B dengan Isyarat Panggilan 9W2FLV.
Kawe memiliki beberapa unit walkie talkie atau hand held atau handy.Tidak disangkal lagi setiap pengendali Radio Amatur semestinya mempunyai walkie talkie yang akan dibawa kemana sahaja.Namun,tidak semestinya yang membawa walkie talkie itu pengendali Radio Amatur.
Kerana kurangnya pendedahan masyarakat umum tentang apa itu Radio Amatur,mula terjadi salah erti.
Terdapat perbezaan ketara diantara pengendali Radio Amatur dan pengguna walkie talkie,perbezaannya boleh dilihat pada peralatan yang digunakan,tatacara perbualan.

VHF

Walkie talkie yang digunakan pengendali Radio Amatur selalunya dalam jalur 2 meter iaitu VHF 144MHz-148MHz atau jalur 70 sentimeter UHF 430MHz-440MHz(tidak meluas digunakan).
Manakala walkie talkie yang digunakan pengguna lain adalah jalur UHF atau juga dikenali sebagai :




FRS&GMRS

Family Radio Service-FRS dan
General Mobile Radio Service-GMRS 462.550MHz-467.7250MHz



PMR446
Profesional Mobile Radio-PMR 446MHz
Penggunaannya adalah tidak memerlukan perakuan kompeten dari SKMM dan jarak selang frekuensi adalah 12.5KHz.


Bersama2 kita jaga hobi yang unik ini.
9W2FLV
Terima.
Ganti.

Sunday, September 9, 2012

Mahu kaji

HOMEBREW ITU BUAT SENDIRI

Pada minggu lepas 9W2CGS bagi kawe scan satu antenna yang beliau pinjam dari 9W2 Orang Bini Sayang.
Nama antena kawe pun tak pasti,dengan menggunakan bahan yang ada kawe mulakan kajian

Objektif :
Kaji supaya antenna mdel tersebut dapat digunakan untuk pancaran pada simplek.
Rekaan antena asal sesuai untuk pengulang tapi tak pada simplek.

Bahan yang digunakan pada awal kajian :
Rod tembaga  1/8''
Tiub tembaga 1/4 ''
 
Setelah siap dipasang ujian monitor (RX) dijalankan,hingar banyak terjadi.
Ujian TX/pancaran dijalankan,bacaan SWR 1.3 untuk 144MHz.tapi power loss sebanyak 5% daripada 10 watt kuasa pancaran .

Kajian kedua dijalankan,bahan yang digunakan adalah:
Rod tembaga 1/8''.
Ujian yang dijalankan memberi bacaan pada SWR ialah 1.2 pada 144MHz,masalah power loss pula yang berlaku bertambah sebanyak 15% dari 10watt kuasa yang digunakan

Kajian ketiga menggunakan bahan:
Tiub tembaga 1/4''
Ujian dijalankan memberi bacaan yang tidak diingini,SWR 1.5 pada 144MHZ  dan power loss sebanyak 40%.

Masalah yang mungkin penyebab bacaan tak elok :
Gelung 
Kabel sepaksi RG58
Halangan.

Kajian akan diteruskan sehingga menemui kejayaan.

P/S : Gambar tak dapat nak upload,kamera tak ada,,,


Sunday, August 26, 2012

31 Ogos 1957

MERDEKA MERDEKA MERDEKA



31 Ogos akan tiba lagi.
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada para pejuang yang telah gugur dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita.
Pada tahun ini semua rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun,sudah kelihatan pemilik  yang mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan dan kediaman masing2 tanda semangat cintakan negara.
Kepada yang telah lama kibar Jalur Gemilang,boleh lah tukar dengan yang baru mungkin yang lama dah pudar warna atau dah koyak.Kawe naik motor je,jd tak kibarlah,bukan kerana tak ada semangat cintakan negara,tapi bimbang jatuh pula nanti bendera tu.Kepada yang kibar pada kenderaan,perhatikanlah bendera yang dipasang nanti merata pula jatuh.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.


Berkhidmat Untuk Negara,
6209392 PJM ZAGI

Saturday, August 4, 2012

MENUNGGU SAHUR



Dari malam hingga ke pagi,mata tidak dapat dilelapkan,dengan bantuan Google ilmu dicari serata dunia.
Ilmu tentang pembinaan antenna dicari,yang boleh dimuat turun telah pun dimuat turun,yang mana tidak dapat dimuat turun teknik copy and paste digunakan.
Pertolongan dari Youtube   juga diminta bagi menambahkan lagi pemahaman dan cara kerja yang dijalankan dalam pembinaan.Semakin banyak bahan rujukkan ilmu dijumpai semakin banyak jugalah cemburu ini membuak2.Mulalah kaedah pembelajaran sejarah digunakan :
  • Bila?
  • Dimana?
  • Bagaimana?
  • Siapa?
  • Kenapa?.
Itulah perangai kawe,cemburu,pantang tengok orang lebih daripada kawe mulalah hati ini tidak keruan.Tetapi cemburu kawe bukan berniat hendak menjatuhkan sesiapa atau mengambil apa yang dimiliki orang lain.
Andai anda mempunyai wang yang banyak,kereta yang mahal,itu semua tidak mendatangkan apa2 pada kawe,andai kata anda mempunyai 1 pengetahuan yang melebihi kawe,itulah yang akan membuatkan kawe gelisah tidak tenteram.

Kawe akan tertanya,
BILA anda belajar?,
DIMANA anda mempelajarinya?,
BAGAIMANA kawe tidak tahu ini/itu semua?,
SIAPA yang mengajar anda?,
KENAPA kawe tidak ambil peduli sebelum ini?.

Bagi kawe ilmulah harta paling bernilai.
Selesai.


Friday, July 27, 2012

Hobi oh Hobi

PERIBAHASA JADI PANDUAN


Pagi ini bangkit awallah pula,terus jaga bimbang tertidur dan terlepas sahur.Dalam masa yang ada sebelum sahur ini kawe tulislah sikit dalam blog kawe ni.

Baiklah dalam catatan kali ini kawe nak catat perihal hobi,boleh dikatakan setiap individu punya hobi,ada yang sama dan ada yang berbeza.Hobi ini juga salah satu cara untuk hilangkan tekanan seharian kerja bagi yang berkerjaya di hujung minggu.
 

Ada yang suka kumpul setem,memancing dan lain2 lagi,kawe juga tidak ketinggalan dalam memenuhi masa lapang dengan berhobi.Radio amatur merupakan hobi yang betul2 kena dengan minat kawan.Bila berhobi kenalah keluarkan RM sikit,kawe pun tidak berkecuali,walaupun sudah berkerjaya namun pendapatan perlulah juga disimpanan untuk masa depan,maka untuk memenuhi keperluan hobi ni,kawe kenalah menabung.
 

Alhamdulillah kelengkapan yang perlu dah ada,walaupun tidak seberapa.
Dalam berhobi ni kawe amal beberapa peribahasa cerdik pandai.


TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA.

Sebab peribahasa nilah kawe tak kisah menggunakan peralatan yang  berjenama tidak terkenal dan ciplak pula tu rekaanya (my friend Brian said : made in China ).
Peribahasa kedua :

UKUR BAJU BADAN SENDIRI.

Baju kawe saiz M dan L je sesuai,jadi takkan kawe nak ambil saiz S.
Jadinya,belilah yang berpatutan dengan pendapatan yang ada.
Yang penting bagi kawe dapat jalankan hobi dengan jaya.

Selain peralatan yang dibeli untuk digunakan dalam hobi kawe juga tiba2 terasa ada niat mahu buat koleksi pelbagai jenis rekabentuk dan jenama peralatan tapi kawe sabar.BERJIMAT.

setakat ini dulu catatan ini.mahu mandi tunai Wajib 2.

Saturday, July 14, 2012

10 KAKI LAGI

Dari 15 kaki,kawe tambah lagi 15 kaki pada 5 bulan berikutnya.
Hati ni tak puas antenna rendah sangt,maka hari ni kawe panjat bumbung,bawa naik tiang 20 kaki.


Oleh kerna tiada ruang untuk mendirikan tiang dgn elok,10 kaki terpaksa digunakan untuk mengikat tiang pada dinding.
Pada satu tiang kawe letak 2 antenna, antenna jalur 2 meter dan antenna jalur 11 meter pada ketnggian 5 kaki.
Sekarang antenna kawe berada pada ktinggian 40 kaki iatu 30 kaki ketinggian rumah dan 10 kaki ketinggian tiang (-/+).





Antenna homebrew,rak untuk shack pun homebrew juga.


Sambil pasang antenna sempat la juga tgkap gmbr sekeliling.

Friday, July 13, 2012

NASI KANDAR berharmoni dengan BUDU.

KELANTAN MAI,PENE KERJO.

Assalam mualaikum..
Mai dekat cheq sat,ada cerita nk habaq.Semalam cheq pi la hantaq DO ke sebuah kilang nun kat kawasan perindustrian Perai.
Cheq call la staff kat situ (Juruteknik) habaq kat dia nk minta chop n sign tangan.
Dia suruh cheq masuk ke lobi,cheq masuk dia x kluaq lg,cheq call sekali lagi,dia suruh cheq tggu pl 5 minit sempat juga dia suruh tgk marka segak kt kauter penyambut tetamu.
Setelah 5 minit yg dijanji dia sampai dgn senyum lebaq,lalu bertanya la dia "Hang org Kelantan ka?",
cheq jawab la "Ye!",
"Berapa lama dah hang duk sini (PPinang)?" disoalnya lg..
"2 tahun hampir 3".




Ditanya lg olehnya " Hang makan nasi kandaq?",
"Makan!!".
"Makan nasi kandaq pun xdpt ubah noh Loghat Kelantan tu?"
Dgn tersenyum cheq jawb,"Cheq makan nasi kandaq,tapi kawe makan denga budu"..


Kawe minta maaf banyok deh,kalu Loghat Utara xbetul..hehehe.
{Cerita ini telah diubah suai dari cerita dan apa yang terjadi pada kawe}

Monday, June 18, 2012

 MENABUNG

   Kawe teringat lagi masa sekolah rendah dulu,duit saku Mek kawe bagi RM1.50 setiap hari,tambang bas 40sen dan bakinya buat belanja makan serta dari bagi belanja makan ni lah kawe simpan dalam tabung,kadang2 lebih kadang2 kurang.


  Kemudian apabila sudah mencapai umur 10 tahun,Ayah bagi basikal untuk pergi sekolah.Bila menunggang basikal lebihlah dapat kawe simpan kerana 40sen tambang bas dah dapat ditabungkan.
  Adik2 sekolah sekarang ni tentu duit saku dapat lebih,maklumlah harga makanan dan minum dikantin sekolah pun mahal.Sekarang tahun 2012,kawe sekolah rendah dulu pada pertengahan tahun 1990-an,masa tu harga makanan dan minuman boleh dikatakan murah jika hendak dibanding sekarang,nasi boleh beli dengan harga 50sen,air sirap (minuman kantin sekolah) 20sen 1cawan.Kalau nak dikira sekarang bawa duit saku RM1.50,tak isi perutlah adik2 disekolah.
  Masuk sekolah menengah tabiat menabung masih ada lagi,tambah2 lagi bila nak miliki sesuatu,sanggup makan kuih (50sen) je demi nak menabung duit,disekolah menengah duit saku bertambah iaitu RM2,kerna sekolah tak jauh,5000 meter je dari rumah kurang 2000 meter dari sekolah rendah,juga berbasikal kesekolah.

  Satu perkara lagi yang buat kawe menabung ialah bila tiba bulan ke 5 Islam,Jamadil sani,adik2 dan pembaca nak tahu kenapa?,kerana Ramadhan akan tiba Syawal pun menjelma,kumpul duit untuk raya.




  Tamatlah tahun 2005 bermakna tamatlah zaman persekolahan,tabiat menabung masih lagi diamalkan.duit masuk tabung bertambah kerana telah bekerja.Bila sambung belajar ke IPTA,tabiat ini berkurang kerna duit nak guna lebih untuk tugasan.
  1. Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) Perak
  2. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim Kedah.
  Sekarang tamat sudah alam pengajian,alam pekerjaan pula kawe tiba,oleh kerana kerja dan ada gaji,maka,tabiat menabung masa sekolah dulu akan kawe amalkan semula


  Bila dah dewasa hobi pun ikut dewasa,hobi yang memerlukan kawe menabung,Radio Amatur.Alhamdulillah berkat menabung dapatlah kawe beli satu demi satu peralatan yang diperlukan.Dari handheld radio,meter SWR dan yang terbaru mobile rig.



  Peralatan yang ingin dimiliki belum cukup lagi,sekarang sudah mula menabung,tapi tak lah banyak,kerana gaji yang dapat tak seberapa,bila di bahagi kepada beberapa bahagian tinggal baki yang boleh ditabung untuk hobi.Hobi pun hobi juga,masa depan pun nak kena fikir juga,jadi menabung untuk hobi perlahanlah sikit.
Ni ia peralatan yang nak beli nanti :
FT-857D

Untuk adik2,amalkan tabiat menabung,baru dapat banyak duit .
Sikit2 lama2 jadi bukit.

Sunday, May 20, 2012

RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan
    Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah, Bangsa dan Negara ini diwujudkan sebagai sebuah Bangsa dan Negara yang berdaulat. Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan pemerintahan beraja yang berpelembagaan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang Berdaulat. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang Raja di bawah Perlembagaan, maka demikianlah juga sisitem beraja akan berlangsung dengan Baginda Raja-Raja sebagai ketua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Gabenor-gabenor merupakan lambang perpaduan oleh itu, Baginda berada di luar politik. Kesetiaan yang dikehendaki daripada setiap warganegara adalah menumpukan sepenuh taat setia yang bener-benar jujur. Selain itu mereka yang menjadi rakyat Raja-Raja hendaklah juga menumpukan taat setia setia kepada Raja masing-masing tetapi dengan tidak mengurangkan taat setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Persekutuan. Kesetiaan ialah jiwa bangsa kita. Kesetiaan dari hati sanubari kepada Raja dan tanahair inilah yang menyatukan kita semua daripada pelbagai kaum menjadi satu Bangsa yang bersatupadu. Kesetiaan kepada Negara-negara lain adalah bertentangan dengan kesetiaan yang tidak berbelahbagi kepada Negara ini.

Keluhuran Perlembagaan
    Kewarganegaraan member seseorang itu taraf keanggootaan sebuah negara. Perlembagaan member kepada seseorang warganegara hak-hak dan keistimewaan tertentu; Perlembagaan juga meletakkan padanya tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan tertentu terhadap Bangsa da Negara. Setiap warganegara wajib menghormati dan menghargai kandungan, maksud dan latar sejarah Perlembagaan. Latar sejarah inilah yang telah menyebabkan termaktubnya beberapa fasal dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum-kaum asal yang lain, hak-hak yang adil bagi kaum-kaum lain dan soal pemberian taraf kewarganegaraan. Tanggungjawab mulia dan suci seseorang warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan.

Kedaulatan Undang-undang
    Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Setiap rakyat tarafnya sama di sisi undang-undang. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara. Kebebasan ini termasuklah kebebasan seseorang, perlindungan sama di sisi undang-undang, kebebasan beragam, kebebasan memiliki harta benda dan perlindungan daripada dibuang negeri. Perlembagaan memberi kepada seseorang rakyat hak mengeluarkan fikiran, hak berhimpun dan hak menubuhkan persatuan. Hak-hak ini boleh digunakan dengan bebas asalkan tidak melanggar sekatan-sekatan yang dikenakan oleh undang-undang. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kedaulatan undang-undang terjamin denga adanya sebuah badan kehakiman yang bebas serta mempunyai kuasa bagi memutuskan sama ada sesuatu perbuatan pemerintah itu sah atau tidak dari segi Perlembagaan undang-undang.

Kesopanan dan Kesusilaan
    Setiap orang dan setiap golongan hendaklah menguruskan hal masing-masing dengan cara yang tidak melanggar tatasusila. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau yang menyinggung perasaan sesuatu golongan. Seseorang warganegara tidak boleh menyoal kesetiaan seorang warganegara yang lain dengan alasan bahawa ianya berasal dari keturunan tertentu. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan awam kita.
     
     

Monday, May 14, 2012

Malaysia.

 
MALAYSIA

Apa erti Kemerdekaan?.
Sebahagian akan jawab :
Bebas dari penjajahan !.

Kenapa Tanah Melayu dijajah?.
Sebahagian akan jawab :
Kerana Tanah Melayu kaya dengan hasil semulajadi!.

Siapakah yang mengumumkan Kemerdekaan?.
Tanpa ragu semua akan jawab :
Tunku Abdul Rahman,Perdana Menteri Malaysia pertama!.


















Bilakah sambutan hari kemerdekaan diadakan?.
Dengan tidak tergagap lalu jawab:
31 Ogos 1957!.


MERAH,PUTIH,KUNING dan BIRU adalah warna yang terdapat pada Jalur Gemilang,apakah makna warna tersebut?.
Dinyanyikan lagu Jalur Gemilang :
  1. Merah-mu bara semangat waja.
  2. Putih-mu bersih budi pekerti.
  3. Kuning berdaulat,payung negara.
  4. Biru perpaduan kami semua.
dan mungkin ada yang terlalu patriotik.
...puncak dunia telah kau tawan.lautan luas telah kau redah
membawa semangat jiwa Merdeka,semarak jaya kami warganya.....

Siapakah yang mencipta Jalur Gemilang?.
Mesti ada yang garu kepala,melihat kelangit dan ada juga yang mengeluarkan suara yang tidak membawa makna.
Inilah pencipta Jalur Gemilang :















Allahyarham MOHAMED BIN HAMZAH.

Apakah Agama rasmi Malaysia?.
Yang ini semua tahu :
ISLAM !.

Sanggupkah sekiranya Malaysia dijajah lagi?.
Dengan semangat yang ada :.
Tidak!.

Apa kita perlu buat agar negara kita tidak dijajah?.
Mungkin ada yang memberi idea bernas:
Kekalkan keamanan dan perpaduan!.


Berapakah bilangan Rukun Negara?.

















 Ditunjukkan jari,apabila ditanya kepada yang istimewa.


Yang hendak dicatat adalah Rukun Negara tetapi jauh ambil pembukaan.
Baiklah,
  1. Kepercayaan kepada Tuhan.
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  3. Keluhuran Perlembagaan.
  4. Kedaulatan Undang-undang.
  5. Kesopanan dan Kesusilaan.

Catatan selepas ini kita akan kupas 1 demi 1 rukun yang di nyatakan.

Thursday, April 26, 2012

Bila APRIL

  • 27 April datang lagi,datang ia untuk kali ke-27 dalam hidup kawe,ini bermakna makin meningkatlah usia kawe.Bila usia dah dekat dengan angka 3+ macam2 perasaan yang ada.Usia sahaja yang meningkat,tetapi kematangan diri lambat meningkat bila dibandingkan.Bukanlah membawa makna kawe ini kebudak-budakan.
  • Seorang demi seorang tidak kira perempuan atau lelaki kawan2 kawe telah mendirikan mahligai,kawe sahaja yang menghitung simpanan yang makin disimpan tetapi tiada bertambahnya.Kenapa ya??.Kata pakar motivasi 'FIKIR POSITIF'.mungkin yang terjadi telah ditetapkan oleh Dia,ujian dalam hidup.
  • Sebelum ini berniat hendak beli kereta,bila dengar sahaja nasihat para ahli makan garam terlebih dahulu supaya pastikan ada rumah dulu sebelum bina tangganya dan membawa masuk surinya.
  • Tahun ini tidak dapat juga hendak makan makanan istimewa CUKODOK PISANG,orang lain sambut hari lahir tiup lilin diatas kek,tetapi kawe sambut dengan tiup cukodok yang panas..emmmm..sedap,tambahan pula hasil air tangan ibunda.
  •  CUKODOK PISANG,nantikan kepulangan kawe.
 

Tuesday, January 17, 2012

Kata cerdik pandai dahulu kala.

"PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI"
ada x rakan2 disini faham?.

baiklah,pepatah ni membawa makna sesuatu tu ada pengantinya,tetapi walaupun ada penganti yang lama tu tetap dikenang.
sebab itu org cerdik pandai kata 'patah tumbuh',ia merujuk pokoklah,sebagai contoh apabila sebatang pokok tu patah akibat dilanda ribut ataupun dipatahkan oleh sesuatu,pokok yang patah itu akan tumbuh semula,tetapi adakah ia tumbuh ditempat yg patah atau dipatahkan tadi?,tentu tidak,ia akan tumbuh dibahagian lain pokok itu dan kesan yang patah tadi tetap ada,kadang2 sekejap,kadang2 kekal dibatang pokok itu.



'hilang berganti',sesuatu yang hilang kita boleh ganti dengan yang baru,tetapi adakah ia sama dengan yang hilang itu?,tidakkan?!.mungkin yang baru lebih baik,Alhamdulillah.bagaimana pula yang baru itu tidak sbaik yang hilang itu?,sabar sahajalah.
macam itulah hidup kita ini,kita akan rasa kehilangan sesuatu yang kita sayangi disebabkan kecuaian kita atau ketetapan Ilahi.
kemudian kita akan mendapatkan yang baru,namun yang lama tetap akan kita kenang dan rindui.



TIADA SESUATU DIDUNIA INI DAPAT MENGANTIKAN USIA,UMUR,MASA DAN IBUBAPA

idea dapat masa dengar lagu dari kumpulan IKLIM