Monday, June 18, 2012

 MENABUNG

   Kawe teringat lagi masa sekolah rendah dulu,duit saku Mek kawe bagi RM1.50 setiap hari,tambang bas 40sen dan bakinya buat belanja makan serta dari bagi belanja makan ni lah kawe simpan dalam tabung,kadang2 lebih kadang2 kurang.


  Kemudian apabila sudah mencapai umur 10 tahun,Ayah bagi basikal untuk pergi sekolah.Bila menunggang basikal lebihlah dapat kawe simpan kerana 40sen tambang bas dah dapat ditabungkan.
  Adik2 sekolah sekarang ni tentu duit saku dapat lebih,maklumlah harga makanan dan minum dikantin sekolah pun mahal.Sekarang tahun 2012,kawe sekolah rendah dulu pada pertengahan tahun 1990-an,masa tu harga makanan dan minuman boleh dikatakan murah jika hendak dibanding sekarang,nasi boleh beli dengan harga 50sen,air sirap (minuman kantin sekolah) 20sen 1cawan.Kalau nak dikira sekarang bawa duit saku RM1.50,tak isi perutlah adik2 disekolah.
  Masuk sekolah menengah tabiat menabung masih ada lagi,tambah2 lagi bila nak miliki sesuatu,sanggup makan kuih (50sen) je demi nak menabung duit,disekolah menengah duit saku bertambah iaitu RM2,kerna sekolah tak jauh,5000 meter je dari rumah kurang 2000 meter dari sekolah rendah,juga berbasikal kesekolah.

  Satu perkara lagi yang buat kawe menabung ialah bila tiba bulan ke 5 Islam,Jamadil sani,adik2 dan pembaca nak tahu kenapa?,kerana Ramadhan akan tiba Syawal pun menjelma,kumpul duit untuk raya.




  Tamatlah tahun 2005 bermakna tamatlah zaman persekolahan,tabiat menabung masih lagi diamalkan.duit masuk tabung bertambah kerana telah bekerja.Bila sambung belajar ke IPTA,tabiat ini berkurang kerna duit nak guna lebih untuk tugasan.
  1. Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) Perak
  2. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim Kedah.
  Sekarang tamat sudah alam pengajian,alam pekerjaan pula kawe tiba,oleh kerana kerja dan ada gaji,maka,tabiat menabung masa sekolah dulu akan kawe amalkan semula


  Bila dah dewasa hobi pun ikut dewasa,hobi yang memerlukan kawe menabung,Radio Amatur.Alhamdulillah berkat menabung dapatlah kawe beli satu demi satu peralatan yang diperlukan.Dari handheld radio,meter SWR dan yang terbaru mobile rig.



  Peralatan yang ingin dimiliki belum cukup lagi,sekarang sudah mula menabung,tapi tak lah banyak,kerana gaji yang dapat tak seberapa,bila di bahagi kepada beberapa bahagian tinggal baki yang boleh ditabung untuk hobi.Hobi pun hobi juga,masa depan pun nak kena fikir juga,jadi menabung untuk hobi perlahanlah sikit.
Ni ia peralatan yang nak beli nanti :
FT-857D

Untuk adik2,amalkan tabiat menabung,baru dapat banyak duit .
Sikit2 lama2 jadi bukit.