Thursday, December 12, 2013

QRP boleh tak??.

MENCUBA LAGI.


Kesempatan masa lapang (Ahad) telah kawe penuhi dengan melengkapkan dengan kegiatan hobi kawe.Kali ini kawe cuba buat antenna lagi 1,dipole 10 meter.Antenna ini kawe buat untuk aktiviti DX QRP,terasa seronok tengok rakan2 lain berjaya menghubungi rakan2 yang berada dibenua yang berbeza dengan jarak yang menjadi halangan.
Aktiviti yang sama hanya berbeza pada rig yang digunakan.Berbekalkan Motocool mc-7777 yang ada itu sahajalah kawe mampu.




Ujian pemancaran dan penerimaan


Bulan sebelumnya,kawe baru sahaja menyiapkan Beam Antenna Yagi 3 Elemen 10 meter.

Tuning

Kebanyakan perhubungan melalui digital kawe menggunakan yagi (PSK31).


sekian
73s

Sunday, November 3, 2013

Ilmu baru.

PSK
Phase Shift Keying.

Dalam berhobi dapat juga kawe tambah ilmu,walaupun ilmu yang kawe dapat ini tidak disertakan dengan sijil.Namun ilmu itu tetap berguna untuk kawe.
Digital merupakan salah satu mod dalam sistem komunikasi.Antaranya adalah Radio Tele Type (RTTy),Slow Scan Television (SSTV),PSK dan lain2.



Peralatan kawe tak mahal,hanya sebuah radio Frekuensi Tinggi,komputer dan antaramuka yang dibina sendiri. Belum dapat membuat sebarang perhubungan,mungkin dikelapangan yang lain dapat kawe jayakan ia.



Tanpa guru apalah guna mencari ilmu.
Jutaan terima kasih kepada :
9W2WP
9W2BNA
yang telah memberi tunjuk ajar.


9W2FLV cherio 73

Sunday, October 13, 2013

Antaramuka Aturcara

BUAT SENDIRI LAGI.


Senarai Komponen.
Perintang :
  •  4.3K Ohm
  • 2.2K Ohm
  • 10K Ohm x 2 biji. 
Diod :
  • 1N4148 x 2 biji
Transistor :
  • 2N3904 x 3 biji.
Penyambung Sesiri DB9.
Penyambung 3 pin betina.







 

Litar antaramuka dipasang pada breadboard untuk melakukan ujian sama ada berfungsi atau tidak.
Komponen T1 telah ditukar kepada Transistor 2N2222A.Ujian pertama dilakukan tidak berjaya ini disebabkan diod 1N4148 dipasang terbalik,kawe terlupa bahawa diod Zener berfungsi secara Pincang Sonsang.


 Setelah pembetulan dilakukan,kawe cuba baca memori radio,berjaya.
 

 Ujian seterusnya,kawe menulis program baru kedalam radio,berjaya.

 Kawe buat perubahan senarai frekuensi,cuba memasukkan frekuensi CB,tidak berjaya.
Rupa-rupanya radio perlu ditetap semula kepada tetapan kilang,barulah dapat kawe menulis senarai baru beserta frekuensi CB ke dalam radio.


Sunday, October 6, 2013

Cuba Yang Ini Pula

2 METER,10 METER
DAN 11 METER.

Syukur dapat lagi kawe tambah satu set radio bagi melengkapkan lagi hobi kawe.Walaupun peralatan yang dimiliki tidaklah berkualiti dan mahal,namun itu juga yang kawe pilih,hobikan,selagi ia dapat di giatkan itu sudah kira baik dari tidak buat apa2.
Radio set buatan China dengan nama Motocool model mc-7777.
Mod : AM,FM,SSB dan CW.
Kuasa : 50Watt FM (mod lain kawe lupa.)
Radio ini mampu meliputi frekuensi 25MHz hingga 30MHz ini dapat dilakukan melalui atucara menggunakan kabel.Lupa pula,ia juga mempunyai 6 bank siaran.A,B,C,D,E dan F.Setiap bank mampu menampung 60 saluran.
Setelah mendapat beberapa cadangan dan ulasan dari yang berpengalaman barulah pembelian dibuat.

Setelah di unpacking

Dengan harga yang mampu milik iaitu RM880,berbaloi kerna radio ini juga disertakan dengan beberapa kelebihan.
Bunyi speaker yang mantap dan cara pengendalian yang mudah (kekok pada awalnya).
Turut disertakan jack untuk CW key,sesuai kepada yang berminat untuk QSO melalui CW.

Masa ujian pemancaran
Ujian pemancaran yang baik,dapat menghubungi stesen dari Indonesia,diterima 59.
Antenna yang digunakan 1/4 wave pada ketinggian 15kaki.

1/4 wave

Antenna perlu ditentu semula bagi mendapatkan SWR yang sesuai untuk 10meter.
Memerlukan bantuan 9W2SFX.

73.

Wednesday, October 2, 2013

10 meter dan 11 meter

1/4 WAVE ANTENNA


Rasa teringin menggunakan radio berfrekuensi tinggi,walaupun hanya mempunyai set radio CB kawe telah buat satu antenna yang kawe pasang diatas bumbung rumah sewa kawe.
Ujian Nisbah Gelombang telah dilakukan,menunjukkan bacaan yang rendah iaitu 1.2 : 1.
Namun begitu antenna ini dikira pengukuran untuk berfungsi pada dua (2) jalur,10meter dan 11 meter.Ujian pada jalur 10 meter tidak dapat dilakukan kerana radio belum ada.




Jika tiada halangan radio akan dimiliki dalam minggu depan.

Model yang mampu milik
Dalam kesempatan yang ada pada hari tersebut,kesempatan kawe ambil untuk pasang antenna VHF Diapole.


not to long not to short.
it 10 meter
9W2FLV

Friday, August 30, 2013

56 Tahun

31 OGOS 1957
56 TAHUN SUDAH


31 Ogos menjelma.
56 tahun Merdeka.
Di facebook macam2 catatan yang disiarkan,ada yang seakan tidak berpuas hati.

Jalur Gemilang

Tidak semua diantara kita generasi baru yang lahir beberapa tahun terkemudian faham dengan sepenuhnya erti kemerdakaan.
Saya disini bukankanlah mahu mengata sesiapa kerna saya pun tahu bahawa saya pun tidak begitu tahu dan faham erti kemerdekaan.

Bendera Negeri Kelantan



 Generasi sekarang yang lahir dalam kesenangan dan keberuntungan tidak merasa betapa susahnya untuk mengecapi kemerdekaan yang ada sekarang.
Janganlah kita mempertikaikan apa yang telah diusahakan oleh pemimpin terdahulu,janganlah kita samakan keadaan ketika itu dengan keadaan sekarang.
 
Bendera Negeri Kedah



 Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah berusaha untuk mengekalkan apa yang telah kita ada dan berusaha lagi lebih untuk mengadakan apa yang belum kita capai setelah 56 tahun merdeka.



Bendera Negeri Pulau Pinang



 Bukannya mengamalkan sikap dan perangai yang mengada2.
Sebagai rakyat yang merdeka,perlulah difahami apa tanggung jawab yang perlu dilakukan supaya kemerdekaan ini berterusan.

Bendera Rejimen Askar Wataniah



dari saya,
6209392 PJM Zainal Abidin bin Ghazali
9W2FLV
Patriot Melalui Semboyan.
73.

Sunday, August 18, 2013

ILLW

RUMAH API
PADANG KOTA LAMA

17 Ogos 2013.
Bersama Pak Mail,Pak Nizam dan Abang Adib menuju ke Pulau Pinang bagi menghadirkan diri ke Rumah Api Padang Kota sempena acara DX disana.
Tiba pada jam 10 malam,sempat bersalaman bersama rakan2 disana.






Acara diteruskan dengan membuat panggil di radio jika mendapat jawaban dari mana2 stesen yang berada difrekuensi yang dipilih.




Sedang rakan lain sibuk membuat panggilan,sempat juga kawe melihat item2 yang dipamerkan di bilik pameran.Item yang dipamer merupakan peralatan yang telah digunakan sepanjang operasai rumah api tersebut.



Setelah selesai melihat2 pameran,kawe ambil kesempatan memanjat menara rumah api untuk melihat sistem operasinya.





Jam 3 pagi,kawe berempat sedia untuk balik.berhenti minum dan makan sebelum terus menuju ke Kulim.

Saturday, August 17, 2013

Menjelang Syawal Yang Hiba

AL-FATIHAH


1 Syawal 1434.
Syawal yang hiba buat kami sekeluarga,nenek tercinta kembali menemui Yang Maha Esa pada malam menjelang 29 Ramadhan 1434.
Walaupun dalam kesedihan Aidilfitri tetap disambung dengan penuh kesyukuran tanda kemenangan setelah 1 bulan menahan segala nafsu.
Keluarga lain sibuk dengan rumah terbuka,manakala keluarga kami sibuk dengan majlis tahlil yang dijalankan bagi memenuhi kehendak datuk yang ingin mengenapkan 7 hari.
Sanak saudara berkumpul bersama,walaupun dalam hiba,Syawal kali ini telah menemukan kami dengan saudara yang berada di negara jiran,Thailand.
Diharap hubungan kekeluargaan kami berterusan.

Almarhumah Maimunah binti Hamat
Isteri,Ibu,Nenek dan Moyang Tercinta.

Saturday, August 3, 2013

Ya Ramadhan

1434 Hijrah


Alhamdulillah setelah lama tidak mencatat diblog,sedar-sedar je dah 25 Ramadhan,puasa masih lagi penuh tanpa ada halangan dan keuzuran.Walaupun kerja kadang-kadang memerlukan tenaga yang lebih,tak sedikit pun memenatkan diri,cuma mulut je terasa pahit.


berbuka ditempat kerja.




Dari awal Ramadhan sampai 24 hari puasa,kebanyakkannya kawe hanya berbuka disurau,tak perlu masak atau beli juadah berbuka.Solat terawih pula adalah tertinggal 2,3 malam.Sahur pula minum air atau/dan makan kueh.

berbuka disurau.



Rasanya ini sahaja catatnya.

Thursday, June 27, 2013

 MALANG TIDAK BERBAU


Pesan orang tua pada orang muda,hati2 bila berjalan,waspada bila melintas,beringat ketika berkawan.
Semua itu adalah pesanan yang disampaikan ikhlas dari hati,satu pesanan yang kawe takboleh lupa,iaitu 'Malang tidak Berbau',tapi kawe juga berasa hairan,bila kita terlibat dalam kemalangan atau apa2 yang memudaratkan tanpa kita sengaja ,orang2 yang senior dan berpengalaman inilah yang akan marah kita.
Kata mereka,'kamu cuai','kamu lalai','kamu leka'.Takkanlah pakcik dan makcik lupa bahawa malang itu tidak berbau.Macam mana kita bersedia,berjaga,malang itu tetap juga akan kita alami,macammana kita boleh tahu malang itu mahu datang sedangkan kita mahu hidu pun tak dapat,inikan melihat ia.

hehehehe..sekadar suka2,nak bagitahu,apa yang berlaku kita kena redha,kerana semua itu ada hikmah dan pengajaran.
Kerana kawe pun baru saje kehilangan motorsikal.DICURI.



Jangan biarkan pisang berbuah 2 kali.

Thursday, June 20, 2013

HAM Kulim

HARI KELUARGA
IS
FAMILY DAY

1 - 2 Jun 2013,kawe telah menyertai  komuniti HAM Kulim  mengadakan satu program hari keluarga yang berlangsung di pantai peranginan Teluk Senangin,Perak.
Seramai 10 keluarga ikut sertai termasuklah keluarga SWAL.
Perjalanan kami bermula pada jam 9pagi dari Kulim.Pergerakan kenderaan disusun oleh Saudara Shabudin-9W2DBC.Laluan Sungai Ular Bandar Bharu jadi pilihan.
Jadual perjalanan diikuti dengan teliti,kami singgah makan dan minum di Hentian Rehat Bukit Merah untuk membasahkan tekak dan mengalas perut.



Sebelum menuju ke tempat penginapan kami telah dijemput menghadiri walimatul urus rakan HAM di Sri Manjung,jemputan tersebut telah kami hadiri.

 Tempat penginapan kami tiba dengan keletihan pemanduan dan keseronokan.
Tapi persiapan aktiviti malam tersebut perlu disiapkan.Dapur dan arang telah tersedia,api dinyalakan.


 Ayam dan sosej di susun dan dibakar.Membakar secara bergilir2.




Sebelum lelapkan mata sempat lagi kami merayap ditepi pantai sambil melihat gelagat 9W2DBC menjala.



Senarai Keluarga yang ikut serta :
9W2CRR - Pak Ishad
9W2DBC - Pak Shabudin
9W2DGW - Pak Ismail
9W2HPL - Pak Hamzah
9W2MXB - A.Hamid
9W2YRR - A.Yamin (9W2MLV - A.Izwan)
9W2XLW - A.Ramlan
9W2FLV - A.Zainal
SWAL - Ejoy
SWAL - A.Man
Dipetik daripada : blog Komuniti Radio Amatur Kulim
DALAM KENANGAN



11 Jun 2013,Selasa - Hampa hatiku apabila menerima berita kehilangan ia.
Sudah hampir 2 tahun bersama,tiap bulan aku sediakan RM134 supaya dapat aku milikinya.
Namun bukan rezekiku denganmya.Ingat lagi pesananku padanya "Duduk elok2",tidak ku sangka itu adalah kali terakhir kami bersama.
Insyallah ada rezekiku ia kembali kesisiku.
Wahai KDA 6496,Honda EX-5 ku. (hilang sudah).

Sunday, May 19, 2013

SEMPENA HARI GURU


Hari Guru merupakan hari meperingati jasa guru.Di Malaysia ia disambut pada 16 Mei setiap tahun.Kawe hanya mampu hantar Pesan Pendek kepada guru2 kawe dulu,tak sempat mahu jmpa maklumlah jarak yang jauh Pantai Timur - Utara.
Tapi pada hari ini iaitu 19 Mei 2013,Ahad kawe telah menziarahi pensyarah2 kawe di ADTEC Kulim,kawe pergi bersama kawan kawe,M.Elvis.36km menjarakan kawe dengan ADTEC,itu tidak jadi masalah berbanding 360km jarak.
Cuti kawe hanya hari Ahad maka ADTEC sahaja yang sempat pergi.
Alhamdulillah hampir semua pensyarah kawe dapat kawe temui.

Encik Hisam
Encik Hisham
Encik Nabil
Encik Razman
Encik H
Cik Farah

Yang kawe nampak sibuk dan tak sempat jumpa.
Encik Rozitarmizi

Yang tak ada dipejabat kerana ada kelas.
Encik Zaimi
Puan Siti Rohaya




Semua jasa mereka tak akan kawe lupakan,Insyallah.

Saturday, May 18, 2013

  DATARAN RAUDAH-MPKK


 Dua malam lepas kawe pergi jalan2 sebelum makan malam,singgah sekejap di Dataran Raudah melihat pemandangan sekitar.Kelihatan beberapa keluarga sibuk bergambar dibawah cerah cahaya lampu LED yang menghiasi pokok2 dan juga pokok tiruan.
Kawe bersiar berseorangan.kamera digital yang kawe sentiasa bawa dalam poket digunakan sebaiknya.Tengoklah hasil gambar yang kawe dapat tangkap .



sebagai bukti yang kawe ada ditempat kejadian.

Tiada teman yang boleh kawe minta tolong untuk rakam gambar kawe,jadi terpaksalah kawe guna mode pemasa tong sampah sebagai kaki tiga.





Bagi sesiapa yang berada berhampiran dengan MPKK bolehlah bawa keluarga bersantai dimalam minggu.

Majlis Perbandaran Kulim Kedah - MPKK