Friday, August 30, 2013

56 Tahun

31 OGOS 1957
56 TAHUN SUDAH


31 Ogos menjelma.
56 tahun Merdeka.
Di facebook macam2 catatan yang disiarkan,ada yang seakan tidak berpuas hati.

Jalur Gemilang

Tidak semua diantara kita generasi baru yang lahir beberapa tahun terkemudian faham dengan sepenuhnya erti kemerdakaan.
Saya disini bukankanlah mahu mengata sesiapa kerna saya pun tahu bahawa saya pun tidak begitu tahu dan faham erti kemerdekaan.

Bendera Negeri Kelantan



 Generasi sekarang yang lahir dalam kesenangan dan keberuntungan tidak merasa betapa susahnya untuk mengecapi kemerdekaan yang ada sekarang.
Janganlah kita mempertikaikan apa yang telah diusahakan oleh pemimpin terdahulu,janganlah kita samakan keadaan ketika itu dengan keadaan sekarang.
 
Bendera Negeri Kedah



 Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah berusaha untuk mengekalkan apa yang telah kita ada dan berusaha lagi lebih untuk mengadakan apa yang belum kita capai setelah 56 tahun merdeka.



Bendera Negeri Pulau Pinang



 Bukannya mengamalkan sikap dan perangai yang mengada2.
Sebagai rakyat yang merdeka,perlulah difahami apa tanggung jawab yang perlu dilakukan supaya kemerdekaan ini berterusan.

Bendera Rejimen Askar Wataniah



dari saya,
6209392 PJM Zainal Abidin bin Ghazali
9W2FLV
Patriot Melalui Semboyan.
73.

Sunday, August 18, 2013

ILLW

RUMAH API
PADANG KOTA LAMA

17 Ogos 2013.
Bersama Pak Mail,Pak Nizam dan Abang Adib menuju ke Pulau Pinang bagi menghadirkan diri ke Rumah Api Padang Kota sempena acara DX disana.
Tiba pada jam 10 malam,sempat bersalaman bersama rakan2 disana.






Acara diteruskan dengan membuat panggil di radio jika mendapat jawaban dari mana2 stesen yang berada difrekuensi yang dipilih.




Sedang rakan lain sibuk membuat panggilan,sempat juga kawe melihat item2 yang dipamerkan di bilik pameran.Item yang dipamer merupakan peralatan yang telah digunakan sepanjang operasai rumah api tersebut.



Setelah selesai melihat2 pameran,kawe ambil kesempatan memanjat menara rumah api untuk melihat sistem operasinya.





Jam 3 pagi,kawe berempat sedia untuk balik.berhenti minum dan makan sebelum terus menuju ke Kulim.

Saturday, August 17, 2013

Menjelang Syawal Yang Hiba

AL-FATIHAH


1 Syawal 1434.
Syawal yang hiba buat kami sekeluarga,nenek tercinta kembali menemui Yang Maha Esa pada malam menjelang 29 Ramadhan 1434.
Walaupun dalam kesedihan Aidilfitri tetap disambung dengan penuh kesyukuran tanda kemenangan setelah 1 bulan menahan segala nafsu.
Keluarga lain sibuk dengan rumah terbuka,manakala keluarga kami sibuk dengan majlis tahlil yang dijalankan bagi memenuhi kehendak datuk yang ingin mengenapkan 7 hari.
Sanak saudara berkumpul bersama,walaupun dalam hiba,Syawal kali ini telah menemukan kami dengan saudara yang berada di negara jiran,Thailand.
Diharap hubungan kekeluargaan kami berterusan.

Almarhumah Maimunah binti Hamat
Isteri,Ibu,Nenek dan Moyang Tercinta.

Saturday, August 3, 2013

Ya Ramadhan

1434 Hijrah


Alhamdulillah setelah lama tidak mencatat diblog,sedar-sedar je dah 25 Ramadhan,puasa masih lagi penuh tanpa ada halangan dan keuzuran.Walaupun kerja kadang-kadang memerlukan tenaga yang lebih,tak sedikit pun memenatkan diri,cuma mulut je terasa pahit.


berbuka ditempat kerja.




Dari awal Ramadhan sampai 24 hari puasa,kebanyakkannya kawe hanya berbuka disurau,tak perlu masak atau beli juadah berbuka.Solat terawih pula adalah tertinggal 2,3 malam.Sahur pula minum air atau/dan makan kueh.

berbuka disurau.



Rasanya ini sahaja catatnya.