Sunday, October 13, 2013

Antaramuka Aturcara

BUAT SENDIRI LAGI.


Senarai Komponen.
Perintang :
  •  4.3K Ohm
  • 2.2K Ohm
  • 10K Ohm x 2 biji. 
Diod :
  • 1N4148 x 2 biji
Transistor :
  • 2N3904 x 3 biji.
Penyambung Sesiri DB9.
Penyambung 3 pin betina.







 

Litar antaramuka dipasang pada breadboard untuk melakukan ujian sama ada berfungsi atau tidak.
Komponen T1 telah ditukar kepada Transistor 2N2222A.Ujian pertama dilakukan tidak berjaya ini disebabkan diod 1N4148 dipasang terbalik,kawe terlupa bahawa diod Zener berfungsi secara Pincang Sonsang.


 Setelah pembetulan dilakukan,kawe cuba baca memori radio,berjaya.
 

 Ujian seterusnya,kawe menulis program baru kedalam radio,berjaya.

 Kawe buat perubahan senarai frekuensi,cuba memasukkan frekuensi CB,tidak berjaya.
Rupa-rupanya radio perlu ditetap semula kepada tetapan kilang,barulah dapat kawe menulis senarai baru beserta frekuensi CB ke dalam radio.


Sunday, October 6, 2013

Cuba Yang Ini Pula

2 METER,10 METER
DAN 11 METER.

Syukur dapat lagi kawe tambah satu set radio bagi melengkapkan lagi hobi kawe.Walaupun peralatan yang dimiliki tidaklah berkualiti dan mahal,namun itu juga yang kawe pilih,hobikan,selagi ia dapat di giatkan itu sudah kira baik dari tidak buat apa2.
Radio set buatan China dengan nama Motocool model mc-7777.
Mod : AM,FM,SSB dan CW.
Kuasa : 50Watt FM (mod lain kawe lupa.)
Radio ini mampu meliputi frekuensi 25MHz hingga 30MHz ini dapat dilakukan melalui atucara menggunakan kabel.Lupa pula,ia juga mempunyai 6 bank siaran.A,B,C,D,E dan F.Setiap bank mampu menampung 60 saluran.
Setelah mendapat beberapa cadangan dan ulasan dari yang berpengalaman barulah pembelian dibuat.

Setelah di unpacking

Dengan harga yang mampu milik iaitu RM880,berbaloi kerna radio ini juga disertakan dengan beberapa kelebihan.
Bunyi speaker yang mantap dan cara pengendalian yang mudah (kekok pada awalnya).
Turut disertakan jack untuk CW key,sesuai kepada yang berminat untuk QSO melalui CW.

Masa ujian pemancaran
Ujian pemancaran yang baik,dapat menghubungi stesen dari Indonesia,diterima 59.
Antenna yang digunakan 1/4 wave pada ketinggian 15kaki.

1/4 wave

Antenna perlu ditentu semula bagi mendapatkan SWR yang sesuai untuk 10meter.
Memerlukan bantuan 9W2SFX.

73.

Wednesday, October 2, 2013

10 meter dan 11 meter

1/4 WAVE ANTENNA


Rasa teringin menggunakan radio berfrekuensi tinggi,walaupun hanya mempunyai set radio CB kawe telah buat satu antenna yang kawe pasang diatas bumbung rumah sewa kawe.
Ujian Nisbah Gelombang telah dilakukan,menunjukkan bacaan yang rendah iaitu 1.2 : 1.
Namun begitu antenna ini dikira pengukuran untuk berfungsi pada dua (2) jalur,10meter dan 11 meter.Ujian pada jalur 10 meter tidak dapat dilakukan kerana radio belum ada.




Jika tiada halangan radio akan dimiliki dalam minggu depan.

Model yang mampu milik
Dalam kesempatan yang ada pada hari tersebut,kesempatan kawe ambil untuk pasang antenna VHF Diapole.


not to long not to short.
it 10 meter
9W2FLV