Sunday, February 23, 2014

Kena ada juga.

DIGANTI.


Lama sudah tak naik bumbung,Sabtu 22.2.14,kawe naik bumbung sekali lagi.Tiada tujuan lain,menaikkan antenna-lah matlamatnya.1/4 wave antenna untuk 10 meter diturunkan,pemegangnya kawe ganti dengan J-Pole 2 meter.
Sudah lama berniat mahu pasang antenna tersebut,1 bulan bercadang,semalam jugalah tercapai.Tiada antenna VHF 2 meter menyusahkan kawe untuk QSO.Tambahan pula kawe perlu antenna VHF 2 meter untuk latihan CW bersama Zam (yang masih lagi tidak daftar AA ketika catatan ini).J-Pole yang dipasang merupakan hasil buatan kawe sendiri.




Habis !!.

Wednesday, February 19, 2014

Kekunci Lurus.

HANYA DIT DAN DAH


Pencipta : Samuel Finley Breese Morse - Charlestown, Massachusetts.
Tahun     : 1832
Kaedah   : Isyarat pendek . dan isyarat panjang - dihantar melalui denyut elektrik diantara ruang .




Sebagai pembuka catatan kawe,disertakan sikit sejarah tentang CW atau Kod Morse.Kawe seorang pengendali stesen radio amatur perlulah juga tahu Kod Morse ini.
Ketiadaan teman untuk belajar bersama,terpaksalah kawe belajar keseorang buat masa terdekat ini.Untuk memudahkan sesi pembelajaran,kawe telah membina 2 unit Pengayun CW,unit ini juga boleh digunakan bersama set radio mudah alih atau walkie talkie.
Kawe belajar bukan kerana mahu ambil kelas A,sekadar penambahan ilmu.

Litar Pengayun
Litar generator untun handy
Pemasangan
Untuk kawe
Untuk siapa yang sudi


 Rujukan  
- Ann Lamont 1.12.190
Samuel Morse—the artist who invented the Morse code 
http://www.answersingenesis.org/articles/cm/v13/n1/samuel-morse 

- http://www.brownielocks.com/morse_code.html

Monday, February 3, 2014

Cuti dan Aktif

AMBIL KESEMPATAN


30 Jan 2014.
Kawe balik bercuti ke kampung sempena Tahun Baru Cina.Kesempatan cuti yang ada kawe ambil dengan sebaik mungkin.Telah lama kawe nak cuba buat pemancaran di Pangkalan kawe,akhirnya dapat juga.
Kawe mulakan pemasangan antenna pada jam 5 petang.Kawe cari stesen yang sedang CQ.
kawe cuba menyahut,sahutan kawe diterima 5/9 oleh stesen Hong Kong.

31 Jan 2014.
Suhu dikampung kawe menunjukkan bacaan 18darjah Celcius.Tumit dan ibu jari kaki kawe kebas kerana suhu yang sejuk.Dari pagi kawe mula CQ tapi tiada yang sahut,kawe cuba cari jika ada stesen di lain2 frekuensi.Kedengaran stesen Bhutan sedang CQ DX sekali lagi kawe sahut,sahutan kawe disambut kerana dia pertindihan dengan stesen lain.

2 Feb 2014.
Dalam suhu yang sejuk ,kedengaran stesen Jepun,kawe sahut dengan 5/9 diterima.Pada petangnya stesen European-Russia menerima sahutan kawe juga dengan 5/9.
Dapat maklumat ada stesen DXepdition,kawe cuba sahut namun tidak berjaya.