Wednesday, March 26, 2014

bahasa C

ASAS MENJADI PERMULAAN



Sudah lama tidak buka MPLAB,kod pun sudah mula lupa,terpaksa cari semula program lama dan cari melalui internet.Kawe mahu cuba satu aktiviti seterusnya dalam hobi radio amatur.iatu ARDF - Amateur Radio Direction Finding.Cuba buat satu set sebagai ujian.
Program dan semulasi telah kawe lakukan,nampaknya ia berfungsi dengan elok.Komponen belum lagi kawe beli,tunggu masa terluang untuk ke Kampung Banggali,Butterworth.

Berikut program yang kawe bina.

//PIC16F84A
//Program untuk Beacon ARDF - Ujian 1.
//Zainal Abidin - 9W2FLV
//////////////////////////////////////////////////////////////





////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Gambar rajah litar.







Litar diatas adalah dalam ujian lagi,kawe belum pasti adakah ia berfungsi dengan betul,disebabkan keputusan belum pasti,kawe tidak menyatakan nilai komponen yang digunakan,sekiranya ujian berjalan baik,akan kawe nyatakan kemudian.

Sekian,
9W2FLV.
----. .-- ..--- ..-. .-.. ...-

Monday, March 24, 2014

klasik

94.9 MHZ FM
RADIO KLASIK

Dulu bila hendak pergi kerja,kawe akan dengar radio HotFM,tersenyum dalam kereta keseorangan melayan kerenah Fara Fauzana,AG dan Fizi dalam segmen AM Krew.


Waktu pulang pula kawe layan HotFM Jams,Kiran,Ikwan dan Liza,sambil dengar Jam Bengang,Jam Rindu dan lain-lain.

Mac 2014,dalam mencari ilham hendak siapkan satu lagu dikir barat,kawe tukar ke stesen seterusnya,iaitu stesen Radio Klasik,kenapa Radio Klasik?.


Radio Klasik menyiarkan lagu lama,yang mana iramanya bersesuaian dengan irama lagu dikir barat yang kawe tengah tulis,harap dapat ilham yang molek,lagu dikir tersebut kawe tulis khas itu Mek (Mak) kawe.
Pertama kali dengar radio Klasik,kawe kehairan,suara salah seorang dari penyampainya seakan kawe kenal,Abang Ebby Halim Al-Firdaus,kawe tidak tahu bahawa beliau telah ditukarkan ke Radio Klasik dari Radio Malaysia Kelantan.Maklumlah,berada diperantauan.

Sebelum Kawe akhiri catatan ini,kepada pembaca yang hendak datang ke Kulim,Kedah,berikut adalah frekuensi untuk :
HotFM - 88.2MHz FM
Radio Klasik - 94.9MHz FM
Dan jika pembaca adalah penggendali stesen radio amatur,V30 - 145.375MHz FM.

Sekian,

sumber :
- http://ts2.mm.bing.net/th?id=HN.608056258395048545&pid=15.1&H=96&W=160
- http://ts4.mm.bing.net/th?id=HN.608007192692590131&pid=15.1&H=115&W=160

Tuesday, March 11, 2014

BUJANG

IDEA DATANG TAKALA
PERUT LAPAR.



Keseorangan lagi kawe hari ini,perut mula lapar,tapi idea pula datang.Sebelum ke kedai untuk menjamu selera,kawe catat dulu diblog kawe.
Umur sudah menghampiri angka 3,namun masih lagi sendiri,bukannya tiada calon yang sudi,tapi peruntukan yang menghalang.Tiada apa yang hendak kawe risaukan,bukannya kerja kawe,semuanya telah tertulis,kawe terima dengan redha disusuli dengan doa agar jodoh yang menjadi rahsia kepada kawe cepat dipertunjukkan.

Bukanlah kata kawe tidak sabar atau gatal,teringin juga untuk hidup berdua dengan wanita yang bergelar isteri,teringin hendak rasa kebahagian berumah tangga.
Sahabat-sahabat asyik mengusik,sedikit kawe tidak terasa terusik,hanya tersenyum,bila anda yang sembang deras,akan kawe cantas dengan ayat yang sedikit berperisa cili padi.
Ada yang berdalil hadis,kawe sokong,namun dengan dalil hadis juga kawe membalas.Kerana kawe tidak boleh terima jika ada yang mengambil hadis untuk kepentingan diri sendiri.

Sambil mengumpul duit,kawe telah terima satu idea dari seorang kawan (bekas pesyarah kawe),idea itu kawe ambil guna dan pakai.Cincin telah tersedia dibeli,hanya menanti jari yang sudi disarung cincin yang tidak seberapa nilai.Cadangan agar kawe kerja sambilan tidak dapat kawe terima,kerana masa kerja tetap kawe tidak mengizinkan.



Kerisauan tidak diperlukan,andai sampai masa ia tiada siapa yang akan menyangka,setiap satu yang terjadi adalah ketentuan DIA,yang tahu segala apa yang ada dihati makhlukNYA.Mungkin itu ujian untuk kawe.

Sekian,

Monday, March 10, 2014

kawan-kawan

TERKENANG DIMASA DULU.

10 Mac 2014,
8 Jamadil Awal 1435.

Sambil rehat menghilangkan penat,kawe bukalah folder gambar semasa kawe belajar di ADTEC Kulim.Tersenyum kawe tengok gelagak kawan-kawan dan kawe sendiri.Sekarang ini semua sudah ada kerjaya sendiri ada juga yang telah mempunyai tanggungjawab yang perlu di pikul.








Walaupun berjauhan,dizaman dunia yang menuju kemajuan perhubungan persahabatan tetap terjalin.
Bertanya khabar melalui medium komuniksi yang telah tersedia,keakraban masih lagi terasa.

















Dalam kegembiraan yang kawe rasa,tidak lupa juga kepada kawan kawe yang telah kembali ke rahmatullah.AlFatihah kepada beliau.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 
 الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

 مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

  اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Arhamah Saudari Nor Hasmalinda Binti Halim.
Seorang sahabat yang membawa senyum dalam hidup kawe dan kawan-kawan.


Sekian,
Zainal Abidin Ghazali