Tuesday, February 16, 2016

Kerja.

MENCARI REZEKI

  Tahun 2006 merupakan tahun pertama kawe tamat zaman persekolahan,oleh kerana kewangan keluarga yang tidak mengizinkan,tawaran untuk kawe melanjutkan pelajaran ke Politeknik Kota Bharu,Kok Lanas kawe tolak supaya peluang untuk adik-adik kawe menamatkan pelajaran mereka.
  Bermula tahun itu juga kawe bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai nasi kandar,dengan kadar gaji RM900 sebulan tanpa KWSP,penginapan pula sendiri tetapi kawe bernasib baik kerana kawe dapat menumpang di rumah sepupu kawe,di blok kelamin TLDM secara percuma.Sepanjang tempoh bekerja di sana,kawe telah menghadiri beberapa temuduga anggota tentera namun gagal disebabkan kecacatan kawe,rabun warna.

  Pada tahun 2007,seakan terasa diri ini belum cukup ilmunya,ketika itu kawe adalah lulusan STPM.Kawe mencari peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti,bila difikirkan balik tentang kewangan keluarga,kawe lupakan.Penghujung tahun 2007 seorang kawan sekolah kawe menghubungi kawe supaya menolong dia mengisi borang permohonan IKBN secara dalam talian (online),oleh kerana kawe pun tidak biasa,kawe isikan juga untuk kawe sekadar untuk mengetahui cara pengisian.Tidak disangka permohonan kawe diterima,kawe maklumkan kepada ayah dan mek kawe,ayah tidak kata apa cuma mek yang bimbang tidak mampu untuk membekalkan wang belanja.Setelah penjelasan diberi akhirnya mek kawe setuju.

  Awal tahun 2008,bermula sesi pengajian kawe di IKBN Seri Iskandar,Parit,Perak dalam bidang Elektronik Industri SKM 1 dan 2,pengajian selama setahun.Semasa di IKBN kawe telah menerima satu lagi tawaran kerja iaitu pegawai PDRM,dua hari satu malam kawe berada di Pangkalan Briged Utara PGA Ulu Kinta bagi menjalani temuduga.Rezeki tidak menjadi milik kawe,kawe pulang dengan hati yang kecewa,sedih.Bermula di situ kawe tidak lagi memohon apa-apa jawatan yang berkait dengan badan berseragam.

  2009,setelah tamat di IKBNSI kawe berkerja sementara sebagai pramu saji di Kem PLKN Telok Rubiah,Sri Manjung,Perak,gaji permulaan RM1000 dengan potongan KWSP dan kemudahan tempat tinggal,kawe bekerja di sini tidak lama,setelah 2 bulan bekerja,ADTEC Kulim telah menerima permohonan kawe untuk sambung pelajaran ke peringkat diploma DKM/DTE dalam bidang Teknologi Elektronik.Penjelasan sekali lagi di berikan kepada mek kawe,alhamdulillah di fahami dengan jelas.Masa diambil untuk menamatkan pengajian adalah 2 tahun.

  Tamatlah pengajian kawe di ADTEC Kulim pada tahun 2011,terasa diri ini membebankan berada di rumah.Kawe pergi pila ke Pangkalan TLDM Lumut,bercuti sambil bercuti dan mencari kerja.Atas dasar saranan kawan sepupu kawe,kawe terima kerja sebagai pengawal keselamatan dengan itu kawe datang ke Pulau Pinang.Kerja sebagai pengawal keselamatan memang gaji tinggi,permulaan adalah RM1500 namun jadual kerja yang padat hinggakan kawe pun tidak tahu bila hari cuti (hari Ahad adalah hari cuti),kerja tidak lama,kawe dapat tawaran sebagai juruteknik disebuah syarikat pembekal mesin dan alat ganti pada pertengahan tahun 2012.

Tahun 2014 atau 2015,kawe menerima surat panggilan temuduga untuk jawatan pegawai penguatkuasa,sekali lagi hadirkan diri untuk ditemuduga di Pangkalan Polis Marin Batu Uban,Pulau Pinang,keputusannya hampa kerana masalah pengecaman warna atau rabun warna,maka itulah terakhir kawe hadir ke temuduga badan berseragam.

  2016,kawe masih lagi berkerja di syarikat yang sama,walaupun gaji tidak seperti yang lain,keadaan kerja dan majikan yang elok untuk kawe itu sudah memadai,buat masa ini ketika masih bujang,selepas ini kawe tidak tahu kemana atau di mana rezeki kawe akan dapat.


#kerja sekarang,kadang bahaya,kadang kotor,kadang suka.