Wednesday, June 14, 2017

HS9/9M2

9M2NAL/P


Aktiviti radio amatur kali ini kawe akan cuba buat betul-betul tepi Sungai Golok sebelum ini  kawe hanya buat di rumah ayah kawe sahaja iaitu alamat stesen kawe yang berdaftar dengan SKMM.
Hajat kawe mahu buat aktiviti di rumah datuk kawe di Thailand tetapi perlu permohonan untuk kendali pancaran radio yang memerlukan kawe ke Bangkok untuk permohonan itu.

Ada juga kawe cuba pujuk sepupu dan bapa saudara kawe supaya ambil lesen radio amatur,semuanya tidak berminat,kalau tidak senanglah kawe cuma bawa masuk perkakasan radio amatur kawe sahaja.
Projek itu harap terlaksanalah pada suatu masa nanti apabila perbelanjaan cukup.

Sekian.

Sunday, May 7, 2017

Yang Arif !!.

MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG.



5 Mei  2017,Jumaat.
  Pertama kali menjejakan kaki ke dalam mahkamah terbuka,bukan hadir keperbicaraan atau apa alasan yang menunjukan terjadi kes yang tidak sepatunya.

Bersama Master dan Senior Lawyer semasa pelatih dalam kamar.


  Kawe hadir ke mahkamah sempena penerimaan masuk isteri kawe sebagaipeguambela dan peguamcara.Jutaan tahniah kepada isteri kawe,Puan Siti Noor Aishah Abd Manap kerana berjaya menamatkan pengajian dan kini bergelar seorang peguam.Bermulanya disitu diharap akan membawa kejayaan hingga kepuncak kerjaya.

Antara yang diterima masuk


Tahniah juga kepada kedua mertua kawe yang telah berjaya mendidik dan memberi peluang untuk anak mereka berjaya.Semoga jasa ayah dan mak tidak sayang lupakan.Kawe juga turut berbangga dengan kejayaan isteri kawe ini.

Ayah dan Mak.


TAHNIAH.


Monday, March 13, 2017

Blogger Application

ON THE GO
Catatan blog ini adalah menggunakan aplikasi telefon bimbit Blogger.
Katanya boleh catat on the go,kawe cubalah catat serba ringkas.
Manalah tahu bila dapat idea untuk mencatat boleh kawe catat terus tanpa tunggu berada hadapan komputer di rumah.
Agak kekok juga bila catat di telefon bimbing,gaya catatan yang selalu kawe guna ketika mencatat menggunakan komputer tidak dapat di gunakan.
Cukuplah dahulu,tengok hasilnya nanti.

Monday, February 13, 2017

Outreach

HARI TERBUKA PPD KBB

Kulim,12 Februari 2017,Ahad.
Kawe dan kawan-kawan telah terlibat dalam satu aktiviti pameran bersempena hari terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Kulim-Bandar Bharu.
Kami diberi tapak untuk mengadakan pameran Radio Amatur dan pengenalan serba sedikit tentang hobi tersebut.
9M2EEE memberi penerangan tentang Kod Morse kepada pelawat

9W2HPC dan  kawe memberi penerangan tentang prinsip asas antena berdasarkan model

Antara rakan yang hadir memberi sokongan
Kawe mencuba Semaphore

Ahli Kelana Alpha -Phoenics Cik Kamalia keudara.


Majlis berlangsung selama 2 hari,tamat pada 13 Februari 2017,Isnin,hari kedua kawe tidak dapat ikut kerana bekerja tetapi tugas diteruskan oleh 9W2HMD dan beberapa rakan lain yang turut meluangkan masa.

73 de 9M2 NAL.

Wednesday, February 1, 2017

Kenduri.

28 Januari 2017
29 Rabiulakhir 1438
SABTU.

Sebelum ini kawe hanya menghadirkan diri ke kenduri atau majlis walimatulurus saudara dan juga sahabat.Kali ini kawe rasa sendiri macam mana seronoknya bila menjadi orang yang dirai.
Majlis kawe dan isteri dijalankan serentak dengan dua adik ipar kawe,majlisnya meriah walaupun kawe sedikit lewat tiba ke tempat berkumpul untuk berarak ke rumah pihak isteri kawe.





Kendurinya baru tahun ini,nikahnya sudah selesai pada 16 September 2016 bersamaan 14 Zulhijjah 1437,Jumaat



Sekian.


Monday, January 30, 2017

KENANGAN 2016.

Kejayaan tahun itu rasanya dua perkara.
Pertama : Berjaya lulus ujian Kod Morse untuk melayakan kawe mengendalikan Peruntukan Radas kelas A dengan tanda panggilan 9M2NAL.
Kedua : Berjaya menjadi suami kepada wanita yang kawe cintai iaitu Puan S.N Aishah Abd Manap.

Cukuplah dulu catatan ini,kerana itu sahaja kejayaan yang kawe sangat usahakan.

Terima Kasih.
Sekian.