Wednesday, June 14, 2017

HS9/9M2

9M2NAL/P


Aktiviti radio amatur kali ini kawe akan cuba buat betul-betul tepi Sungai Golok sebelum ini  kawe hanya buat di rumah ayah kawe sahaja iaitu alamat stesen kawe yang berdaftar dengan SKMM.
Hajat kawe mahu buat aktiviti di rumah datuk kawe di Thailand tetapi perlu permohonan untuk kendali pancaran radio yang memerlukan kawe ke Bangkok untuk permohonan itu.

Ada juga kawe cuba pujuk sepupu dan bapa saudara kawe supaya ambil lesen radio amatur,semuanya tidak berminat,kalau tidak senanglah kawe cuma bawa masuk perkakasan radio amatur kawe sahaja.
Projek itu harap terlaksanalah pada suatu masa nanti apabila perbelanjaan cukup.

Sekian.