Thursday, June 27, 2013

 MALANG TIDAK BERBAU


Pesan orang tua pada orang muda,hati2 bila berjalan,waspada bila melintas,beringat ketika berkawan.
Semua itu adalah pesanan yang disampaikan ikhlas dari hati,satu pesanan yang kawe takboleh lupa,iaitu 'Malang tidak Berbau',tapi kawe juga berasa hairan,bila kita terlibat dalam kemalangan atau apa2 yang memudaratkan tanpa kita sengaja ,orang2 yang senior dan berpengalaman inilah yang akan marah kita.
Kata mereka,'kamu cuai','kamu lalai','kamu leka'.Takkanlah pakcik dan makcik lupa bahawa malang itu tidak berbau.Macam mana kita bersedia,berjaga,malang itu tetap juga akan kita alami,macammana kita boleh tahu malang itu mahu datang sedangkan kita mahu hidu pun tak dapat,inikan melihat ia.

hehehehe..sekadar suka2,nak bagitahu,apa yang berlaku kita kena redha,kerana semua itu ada hikmah dan pengajaran.
Kerana kawe pun baru saje kehilangan motorsikal.DICURI.



Jangan biarkan pisang berbuah 2 kali.

Thursday, June 20, 2013

HAM Kulim

HARI KELUARGA
IS
FAMILY DAY

1 - 2 Jun 2013,kawe telah menyertai  komuniti HAM Kulim  mengadakan satu program hari keluarga yang berlangsung di pantai peranginan Teluk Senangin,Perak.
Seramai 10 keluarga ikut sertai termasuklah keluarga SWAL.
Perjalanan kami bermula pada jam 9pagi dari Kulim.Pergerakan kenderaan disusun oleh Saudara Shabudin-9W2DBC.Laluan Sungai Ular Bandar Bharu jadi pilihan.
Jadual perjalanan diikuti dengan teliti,kami singgah makan dan minum di Hentian Rehat Bukit Merah untuk membasahkan tekak dan mengalas perut.



Sebelum menuju ke tempat penginapan kami telah dijemput menghadiri walimatul urus rakan HAM di Sri Manjung,jemputan tersebut telah kami hadiri.

 Tempat penginapan kami tiba dengan keletihan pemanduan dan keseronokan.
Tapi persiapan aktiviti malam tersebut perlu disiapkan.Dapur dan arang telah tersedia,api dinyalakan.


 Ayam dan sosej di susun dan dibakar.Membakar secara bergilir2.




Sebelum lelapkan mata sempat lagi kami merayap ditepi pantai sambil melihat gelagat 9W2DBC menjala.



Senarai Keluarga yang ikut serta :
9W2CRR - Pak Ishad
9W2DBC - Pak Shabudin
9W2DGW - Pak Ismail
9W2HPL - Pak Hamzah
9W2MXB - A.Hamid
9W2YRR - A.Yamin (9W2MLV - A.Izwan)
9W2XLW - A.Ramlan
9W2FLV - A.Zainal
SWAL - Ejoy
SWAL - A.Man
Dipetik daripada : blog Komuniti Radio Amatur Kulim
DALAM KENANGAN



11 Jun 2013,Selasa - Hampa hatiku apabila menerima berita kehilangan ia.
Sudah hampir 2 tahun bersama,tiap bulan aku sediakan RM134 supaya dapat aku milikinya.
Namun bukan rezekiku denganmya.Ingat lagi pesananku padanya "Duduk elok2",tidak ku sangka itu adalah kali terakhir kami bersama.
Insyallah ada rezekiku ia kembali kesisiku.
Wahai KDA 6496,Honda EX-5 ku. (hilang sudah).