Kawe telah menerima satu kekunci iambic hasil buatan rakan radio amatur tempatan yang menggunakan teknologi pencetakan 3D,kekunci ini kawe ada uji dengan Morse Trainer yang kawe bina menggunakan arduino.
Morse Trainer yang kawe bina menggunakan arduino tidak dapat memaparkan hasil yang kawe tekan jadi kawe tukar untuk guna bersama perisian CW Player .Untuk berfungsi kawe memerlukan
adapter yang dapat menukar USB ke
Serial Comm.Sebelum ini kawe telah guna
adapter seperti gambar dibawah :
|
contoh |
Adapter itu telah kawe pasang ke radio untuk
serial comm radio dan perisian
logger.Oleh itu kawe mendapat idea untuk guna
adapter yang digunakan untuk memuat turun program atmega328 dan arduino promini.Sedikit ubah suai perlu dilakukan ini kerana
adapter itu cuma disediakan pin CTS dan DTR jadi kekurangan 1 pin iaitu pin DSR.Oleh kerana chip CH340G digunakan untuk
adapter ini maka pin DSR adalah pin ke 10 chip.
|
Pinout CH340G |
Berikut langkah kerja yang kawe buat :
Rajah di atas merupakan litar yang telah tersedia bersama fail CW Player,PC_TX.bmp,litar ini kawe jadikan rujukan,cuma kawe tidak guna komponen yang dinyatakan di dalam litar.
Pada pin 10 CH340G perlulah dipateri (
solder) satu wayar tambahan.Sila lakukan berhati-hati.Setelah selesai pateri pastikan wayar diikat atau dibalut ke papan litar
adapter untuk mengelak pin
chip patah.
Serta pastikan pad dipateri ke CTS
Sambungkan pin DSR ke pedal kanan,pin CTS ke pedal kiri atau mengikut kesesuaian anda dan pin DTR ke sesentuh tengah.USB disambungkan ke komputer.
Jalankan perisian CW Player kemudian :
- Klik menu Port.
- Pilih port yang anda akan gunakan.
- Pilih Com untuk serial communication.
- Pilih DSR untuk DOT dan CTS untuk DASH atau sebaliknya.
- Pilih DTR,RTS dan klik ON untuk aktifkan DTR dan RTS ke HIGH.
- Klik pangkah untuk menutup menu Port.
Setelah selesai tetapan port dan pin,pastikan :
- Pilihan adalah pada Monitoring.
- Pilih Dual key normal atau reverse (normal ikut tetapan pin CTS dan DSR anda pada litar dan reverse mengubah kedudukanya.Contoh sekiranya anda pasang CTS sebagai DOT dan DTR sebagai DASH,apabila reverse dipilih CTS akan jadi DASH dan DSR akan jadi DOT.
- PTT di tekan juga berfungsi seperti on
Diharap penerangan kawe dapat membantu anda semua
TERIMA KASIH.
9M2NAL