Thursday, April 26, 2012

Bila APRIL

  • 27 April datang lagi,datang ia untuk kali ke-27 dalam hidup kawe,ini bermakna makin meningkatlah usia kawe.Bila usia dah dekat dengan angka 3+ macam2 perasaan yang ada.Usia sahaja yang meningkat,tetapi kematangan diri lambat meningkat bila dibandingkan.Bukanlah membawa makna kawe ini kebudak-budakan.
  • Seorang demi seorang tidak kira perempuan atau lelaki kawan2 kawe telah mendirikan mahligai,kawe sahaja yang menghitung simpanan yang makin disimpan tetapi tiada bertambahnya.Kenapa ya??.Kata pakar motivasi 'FIKIR POSITIF'.mungkin yang terjadi telah ditetapkan oleh Dia,ujian dalam hidup.
  • Sebelum ini berniat hendak beli kereta,bila dengar sahaja nasihat para ahli makan garam terlebih dahulu supaya pastikan ada rumah dulu sebelum bina tangganya dan membawa masuk surinya.
  • Tahun ini tidak dapat juga hendak makan makanan istimewa CUKODOK PISANG,orang lain sambut hari lahir tiup lilin diatas kek,tetapi kawe sambut dengan tiup cukodok yang panas..emmmm..sedap,tambahan pula hasil air tangan ibunda.
  •  CUKODOK PISANG,nantikan kepulangan kawe.
 

Tuesday, January 17, 2012

Kata cerdik pandai dahulu kala.

"PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI"
ada x rakan2 disini faham?.

baiklah,pepatah ni membawa makna sesuatu tu ada pengantinya,tetapi walaupun ada penganti yang lama tu tetap dikenang.
sebab itu org cerdik pandai kata 'patah tumbuh',ia merujuk pokoklah,sebagai contoh apabila sebatang pokok tu patah akibat dilanda ribut ataupun dipatahkan oleh sesuatu,pokok yang patah itu akan tumbuh semula,tetapi adakah ia tumbuh ditempat yg patah atau dipatahkan tadi?,tentu tidak,ia akan tumbuh dibahagian lain pokok itu dan kesan yang patah tadi tetap ada,kadang2 sekejap,kadang2 kekal dibatang pokok itu.



'hilang berganti',sesuatu yang hilang kita boleh ganti dengan yang baru,tetapi adakah ia sama dengan yang hilang itu?,tidakkan?!.mungkin yang baru lebih baik,Alhamdulillah.bagaimana pula yang baru itu tidak sbaik yang hilang itu?,sabar sahajalah.
macam itulah hidup kita ini,kita akan rasa kehilangan sesuatu yang kita sayangi disebabkan kecuaian kita atau ketetapan Ilahi.
kemudian kita akan mendapatkan yang baru,namun yang lama tetap akan kita kenang dan rindui.



TIADA SESUATU DIDUNIA INI DAPAT MENGANTIKAN USIA,UMUR,MASA DAN IBUBAPA

idea dapat masa dengar lagu dari kumpulan IKLIM