Monday, January 30, 2017

KENANGAN 2016.

Kejayaan tahun itu rasanya dua perkara.
Pertama : Berjaya lulus ujian Kod Morse untuk melayakan kawe mengendalikan Peruntukan Radas kelas A dengan tanda panggilan 9M2NAL.
Kedua : Berjaya menjadi suami kepada wanita yang kawe cintai iaitu Puan S.N Aishah Abd Manap.

Cukuplah dulu catatan ini,kerana itu sahaja kejayaan yang kawe sangat usahakan.

Terima Kasih.
Sekian.

Saturday, June 11, 2016

Kipas Oh kipas


PANAS TERLAMPAU

Icom ic-718,kipas penyejuk rosak.



Dalam asyik QSO PSK31,terhidu bau komponen elektronik terbakar,hidu unit bekalan kuasa,bukan.Jenguk meja bertukang sekiranya seterika solder terlupa dimatikan,bukan.Hidu komputer riba,bukan.Hidu radio,sah bau dari radio,disentuh panas perumah.Langkah kecemasan diambil.Terpaksa tinggalkan stesen dari tanah YB tanpa sempat simpan log.
Mujurlah kuasa pancaran sekadar 25 watt,alhamdulillah.Diharapkan kerosakan tidak berlaku,Insha Allah.Masalah panas terlampau disebabkan kipas menyejuk telah tidak berfungsi.Penyelesaian tiada lain hanyalah dengan menukar kipas baru.Kipas tidak dapat ditanggalkan lagi kerana skru digunakan adalah jenis Cap Screw saiz M4,peralatan Allen Key tiada untuk saiz skru yang digunakan.






Berehat dahulu.