Monday, October 8, 2018

NE602AN

UJIAN LAGI.

     Setelah dua kali kawe beli litar terkamil model NE602 barulah kawe dapat terima,maklumlah dibeli dari luar negara mungkin yang pertama hilang dalam perjalanan untuk menuju ke alamat kawe.Kali kedua belian kawe sampai ke alamat kawe dalam tempoh yang dinyatakan.

Terima pada 08 Okt 2018.

     Nampaknya dapatlah kawe teruskan ujian kawe untuk membina peralatan komunikasi radio DSB 40meter.Ujian menggunakan diode switching sebagai balance madulator tidak berapa menjadi.

Rujuk : KK9JEF
     Ada masa nanti kawe akan cuba bina dan uji litar dari VK3YE yang telah diubah sedikit oleh AA7EE dan mungkin kawe juga perlu buat sedikit juga perubahan supaya sesuai dengan komponen yang ada dipasaran Malaysi.

Rujuk : AA7EE WordPress
    Kawe juga merujuk rakan tempatan iaitu 9M2VOT dan juga mungkin akan bertanya dengan 9M2RR atau REAKSI.

Selesai ...

9M2NAL @ki7cls

Saturday, September 15, 2018

RADIO

Sebelum itu kami belajar,kemudian kami menduduki peperiksaan.
Setelah dipastkikan lulus kami di peruntukan dengan kebenaran untuk memancar.
Dengan kewangan yang terhad,radas yang mampu dimiliki mempunyai ciri-ciri yang serba kurang.
Sekali lagi kami mencari jalan untuk memancar dengan menpembelajari  beberapa kaedah dan teknik dengan menggunakan radio yang serba kurang itu.
Antenna buatan sendiri,kuasa pancaran rendah,25watt menjangkau sejauh Eropah.
Rakan-rakan bercerita tentang mod digital,radio dikawal oleh perisian komputer.CAT,radio pula tiada soket yang sepatutnya,sekali lagi ilmu dicari.Litar antaramuka dibina,berjaya.Walaupun separuhnya buatan sendiri,kontek bertambah menjangkau Amerika Utara/Selatan.
Memang hobi yang diminati adalah sebahagian daripada telekomunikasi,dengan kecanggihan teknologi komunikasi kian berkembang hobi radio amatur digemari ramai,ada juga yang masih tidak memahami.
Radio amatur merupakan moyang kepada media sosial yang ada kini.
Jika hendak dibandingkan dengan teknologi kini,radio amatur seakan kebelakang,namun tanpa disedari,teknologi radio inilah yang akan digunakan seandainya berlaku sebarang bencana.