Sunday, September 9, 2012

Mahu kaji

HOMEBREW ITU BUAT SENDIRI

Pada minggu lepas 9W2CGS bagi kawe scan satu antenna yang beliau pinjam dari 9W2 Orang Bini Sayang.
Nama antena kawe pun tak pasti,dengan menggunakan bahan yang ada kawe mulakan kajian

Objektif :
Kaji supaya antenna mdel tersebut dapat digunakan untuk pancaran pada simplek.
Rekaan antena asal sesuai untuk pengulang tapi tak pada simplek.

Bahan yang digunakan pada awal kajian :
Rod tembaga  1/8''
Tiub tembaga 1/4 ''
 
Setelah siap dipasang ujian monitor (RX) dijalankan,hingar banyak terjadi.
Ujian TX/pancaran dijalankan,bacaan SWR 1.3 untuk 144MHz.tapi power loss sebanyak 5% daripada 10 watt kuasa pancaran .

Kajian kedua dijalankan,bahan yang digunakan adalah:
Rod tembaga 1/8''.
Ujian yang dijalankan memberi bacaan pada SWR ialah 1.2 pada 144MHz,masalah power loss pula yang berlaku bertambah sebanyak 15% dari 10watt kuasa yang digunakan

Kajian ketiga menggunakan bahan:
Tiub tembaga 1/4''
Ujian dijalankan memberi bacaan yang tidak diingini,SWR 1.5 pada 144MHZ  dan power loss sebanyak 40%.

Masalah yang mungkin penyebab bacaan tak elok :
Gelung 
Kabel sepaksi RG58
Halangan.

Kajian akan diteruskan sehingga menemui kejayaan.

P/S : Gambar tak dapat nak upload,kamera tak ada,,,


Sunday, August 26, 2012

31 Ogos 1957

MERDEKA MERDEKA MERDEKA



31 Ogos akan tiba lagi.
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada para pejuang yang telah gugur dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita.
Pada tahun ini semua rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun,sudah kelihatan pemilik  yang mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan dan kediaman masing2 tanda semangat cintakan negara.
Kepada yang telah lama kibar Jalur Gemilang,boleh lah tukar dengan yang baru mungkin yang lama dah pudar warna atau dah koyak.Kawe naik motor je,jd tak kibarlah,bukan kerana tak ada semangat cintakan negara,tapi bimbang jatuh pula nanti bendera tu.Kepada yang kibar pada kenderaan,perhatikanlah bendera yang dipasang nanti merata pula jatuh.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.


Berkhidmat Untuk Negara,
6209392 PJM ZAGI