Tuesday, June 2, 2015

Perubahan zaman

GAJET DAN OBESITI

Galah panjang (main choh),tuju selipar (pekon selipar) dan susun tin itu merupakan antara sukan saya semasa berusia bawah 12 tahun.Pada masa itu tiada lagi gajet yang canggih seperti sekarang,kalau ada pun seunit permainan Game Boy yang menyediakan permainan Tetris.Saya seperti juga kanak-kanak lain  yang berselera untuk makan kerana peningkatan umur.Pemakanan saya juga seperti tidak berjaga dietnya.
Perbezaan kanak-kanak kini berbanding kanak-kanak semasa saya diusia itu amat ketara,pada masa itu permainan harian kami memerlukan stamina dan tenaga yang lebih,peluh usah dicerita basah baju itu perkara biasa ketika bermain.Pemakanan yang tidak terjaga diet yang diambil oleh kami menjadi stabil dengan pembakaran kolestrol ketika bermain.
Dengan kecanggihan gajet yang ada sekarang ini,aktiviti sukan atau permainan yang kami mainkan dahulu tidak lagi mendapat sambutan yang memberangsangkan,kolestrol yang diambil bersama makanan tidak dibakar dengan sepenuhnya,ini mempercepatkan lagi proses penambahan berat badan kanak-kanak sekarang.


Idea hilang,setakat ini sahaja.
Sekian.

Friday, January 9, 2015

Hajat berhajat tercapai hajat.

2015
HAJAT BELUM TERCAPAI.



  2014 berlalu dengan selamatnya,maka berkuranglah umur kawe sebanyak 30 tahun.Selama hidup 30 tahun kawe tidak pasti macam mana keadaan kawe,akaun dunia ada bertambah dan berkurang,akaun akhirat kawe sedikit pun tidak mengetahui jumlah (amaun) yang ada.



  Hajat yang kawe harapkan tercapai pada 2015 belum lagi tertunai,ini terjadi kerana kurang latihan dan disiplin diri kawe sendiri,bukan tidak boleh,tetapi tidak berterusan,sudah 3 bulan latihan ditinggalkan,huruf dan ritma seakan hampir lenyap dalam neuron kawe.



  2015,menunjukkan tahun yang menghampirkan diri kawe ke alam bergelar ketua,walaupun tahunnya belum ditetapkan.Dengan doa apa yang kawe rancangkan tercapai dengan barakahNya.

Sekadar hiasan

Apa yang Dia ilhamkan kedalam hati kawe adalah tetapan dan jodohNya.Dengan kehendak Allah.

  Pada tahun 2015 juga kawe perlu memiliki satu radas komunikasi yang sangat kawe inginkan,ini kerana tahun-tahun berikutnya mungkin kawe tidak lagi mampu untuk memilik ia atau mana-mana radas komunikasi.

FT-857D
Model radas diatas memang kawe berkenan,tetapi jika ada model yang lain dan mempunyai ciri yang sama kawe tidak kisah,baru atau yang telah digunakan.

  30 tahun usia,rasanya layak sudah bagi kawe memiliki rumah,bagaimana untuk menjadi ketua keluarga jika tiada tempat atau kediaman untuk membiakkan ali keluarga.

9W2FLV - Base.

Semoga 2015 ini kawe dimurahkan rezeki untuk memiliki sebuah rumah yang mampu dengan kawe sekarang ini.UNTUK MAJU DAN BERTAMBAH REZEKI,HIJRAH,rasanya seakan kawe perlu lakukannya.

  Setakat ini dahulu catatan kawe untuk pembukaan tahun 2015,semoga tahun ini merupakan tahun yang mendatangkan kegembiraan dan kebahagian untuk kawe.

SK SK.