Monday, August 17, 2015

Muka Head.


ILLW 2015
RUMAH API MUKA HEAD
TAMAN NEGERA PULAU PINANG
9M4LMH.


Pengenalan :
Rumah Api Muka Head berada 5.1 kilometer daripada pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang. Ia berada pada ketinggian 230 meter dari aras laut. Ketinggian binaan rumah api ini pula 14 meter. Rumah api ini dibina pada tahun 1883 oleh British menggunakan batuan granit.Untuk ke rumah api ini pengunjung perlulah mendaki laluan hutan.Merupakan rumah api yang sukar dilawati.

Program kami :
Biarlah gambar bercerita.














*Gambar dari action cam dan Whatsapp.

Tuesday, June 2, 2015

Perubahan zaman

GAJET DAN OBESITI

Galah panjang (main choh),tuju selipar (pekon selipar) dan susun tin itu merupakan antara sukan saya semasa berusia bawah 12 tahun.Pada masa itu tiada lagi gajet yang canggih seperti sekarang,kalau ada pun seunit permainan Game Boy yang menyediakan permainan Tetris.Saya seperti juga kanak-kanak lain  yang berselera untuk makan kerana peningkatan umur.Pemakanan saya juga seperti tidak berjaga dietnya.
Perbezaan kanak-kanak kini berbanding kanak-kanak semasa saya diusia itu amat ketara,pada masa itu permainan harian kami memerlukan stamina dan tenaga yang lebih,peluh usah dicerita basah baju itu perkara biasa ketika bermain.Pemakanan yang tidak terjaga diet yang diambil oleh kami menjadi stabil dengan pembakaran kolestrol ketika bermain.
Dengan kecanggihan gajet yang ada sekarang ini,aktiviti sukan atau permainan yang kami mainkan dahulu tidak lagi mendapat sambutan yang memberangsangkan,kolestrol yang diambil bersama makanan tidak dibakar dengan sepenuhnya,ini mempercepatkan lagi proses penambahan berat badan kanak-kanak sekarang.


Idea hilang,setakat ini sahaja.
Sekian.