Saturday, September 15, 2018

RADIO

Sebelum itu kami belajar,kemudian kami menduduki peperiksaan.
Setelah dipastkikan lulus kami di peruntukan dengan kebenaran untuk memancar.
Dengan kewangan yang terhad,radas yang mampu dimiliki mempunyai ciri-ciri yang serba kurang.
Sekali lagi kami mencari jalan untuk memancar dengan menpembelajari  beberapa kaedah dan teknik dengan menggunakan radio yang serba kurang itu.
Antenna buatan sendiri,kuasa pancaran rendah,25watt menjangkau sejauh Eropah.
Rakan-rakan bercerita tentang mod digital,radio dikawal oleh perisian komputer.CAT,radio pula tiada soket yang sepatutnya,sekali lagi ilmu dicari.Litar antaramuka dibina,berjaya.Walaupun separuhnya buatan sendiri,kontek bertambah menjangkau Amerika Utara/Selatan.
Memang hobi yang diminati adalah sebahagian daripada telekomunikasi,dengan kecanggihan teknologi komunikasi kian berkembang hobi radio amatur digemari ramai,ada juga yang masih tidak memahami.
Radio amatur merupakan moyang kepada media sosial yang ada kini.
Jika hendak dibandingkan dengan teknologi kini,radio amatur seakan kebelakang,namun tanpa disedari,teknologi radio inilah yang akan digunakan seandainya berlaku sebarang bencana.

Sunday, June 10, 2018

ABANG AMIN

Zainal Amin bin Zainal Abidin,nama yang kawe dan isteri setuju untuk di berikan kepada zuriat lelaki pertama kami,alhamdulillah setelah beberapa masalah kesihatan dirawat dia kini semakin sihat.Semasa catatan ini dibuat Abang berusia 9 bulan 13 hari,sudah mula mahu merangkak.

Abang dilahirkan pada 28 Ogos 2017
23:01 secara Ceaser di hospital Seberang Jaya,betapa sesak nafasnya kawe bila pihak hospital bagitahu isteri kawe perlu Ceaser.
20 hari dilahirkan, abang dimasukan ke NICU selama 2 hari setelah pemeriksaan abang disahkan alami pyloric stenosis kemudian dihantar ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menjalani pembedahan.
Dua hari abang perlu puasa sebagai persediaan pembedahan, syukur tidak terhingga apabila pembedahan abang berjalan lancar.

2 Julai 2018 nanti merupakan rawatan susulan terakhir yang abang perlu hadir,insha allah sihat.