Wednesday, December 7, 2011

AKAN DATANG LAGI

PRU-13

Pilihan raya hampir tiba,sudah kedengaran pelbagai bahana nista,kamu tuduh dia,dia tuduh kamu.
Yang pening kepala rakyat yang mahu buat pilihan,sebab semuanya tidak elok kerana saling menuduh,saling mencari cela pihak lawan.
Kawe pun rasa gelisah juga,sebab kawe pun sudah masuk golongan yang memilih,sudah sekali terlepas pilihan raya.
Takkanlah mahu pilih pemimpin pun hendak lakukan solat sunat.
Rasa tidak mahu memilih,tetapi kalau tidak memilih,kawe tidak dapat hendak komen pula cara pemerintahan nanti.
Pada Yang Berkhidmat (YB),janganlah masa hendak pilihan raya sahaja hadir kepada rakyat.kalau selalu tonjolkan diri tidak salah,nanti rakyat mudah kenal,mudah ingat,bila kempen tidak payah rugi duit letak gambar besar2 di poster,
Bila beri ucapan ketika kempen,janganlah tabur janji,rakyat mahu bukti,bukan mahu janji.
Untuk mudahkan lagi,bangunkan sesuatu kawasan sebelum tibanya pilihan raya,tentu bila sudah tiba pilihan raya tentulah rakyat memilih pihak yang membangunkan kawasan mereka.

Kawe golongan memilih,siapa senangkan kawe,yang tu yang kawe pilih.
Belia 5.5

No comments:

Post a Comment