Wednesday, February 26, 2020

GAGAL TERBANG TINGGI

UJIAN YANG KAWE

SENDIRI PUN LUPA BERAPA KALI.


     Hari ini kawe cuba lakukan ujian penerbangan model roket yang kawe bina menggunakan motor buatan kawe sendiri.Selepas beberapa kali gagal untuk membuat model roket menujah,ujian kali ini boleh buat kawe rasa sedikit teruja ketika melihat ia menujah dan menghasilkan daya angkat.

Meninggalkan tiang sokongan.
Motor digunakan adalah Kelas C.
  
 Walaupun tujahan dan daya angkat terhasil cukup untuk menerbangkan model roket tetapi di sebabkan kiraan pusat tekanan yang tidak tepat model roket kawe terbang rendah dan tidak stabil serta mengakibatkan dua belah sirip model roket kawe patah semasa terhempas.Perlu tukar bahan lain yang kuat sebagai sirip.

Sirip patah.
   Kawe rasa perlu guna cetakan 3D itulah yang sesuai dan kuat sebagai ganti sirip.Ulangkaji pula lepas ini,FreeCAD atau Fusion 360.Hasil yang tidk begitu memuaskan tetapi bolehlah jadi peningkat semangat.

Video ujian Penerbangan: 


Monday, February 24, 2020

Zainal Anak Zainal

23 Februari 2020,Ahad.
Hari minggu bersama anak jate beriadah.Sebelum itu Abe Amin teman ayah buat pengujian motor roket secara kejur. 

Selesai aktiviti ayah, masa tunaikan janji bawa Abe Amin main bola dan penatkan badan di taman permainan. Bola yang dibawa hanya sekali sekala ditendang,sepanjang masa di kepit bawa lengan. 

Malam tadi Abe Amin sudah terlena dalam kereta sebelum sampai rumah jadi tidak sempatlah untuk ayah bermain dan mengusik Abe Amin. 
Pagi ini marah ayah kerana tidak bersalam dengan dia dan hanya bersalam dengan mama. 

Semoga anak ayah membesar dengan rahmat. 
Zainal Amin Zainal Abidin. 

Monday, February 17, 2020

Angkasa





DARI GELOMBANG KE ANGKASA.

  Dalam berhobi banyak ilmu baru perlu di ulangkaji dengan kecanggihan teknologi maklumat yang kian membangun memudahkan lagi proses untuk mencari dan merujuk bahan bacaan.Dunia di telapak tangan. 

Model telefon pintar kawe


  Jika dahulu bahan bacaan dan rujukan boleh di dapatkan di perpustakaan,bagi kawe anak luar bandar sedikit sukar untuk mendapatkan bahan dari perpustakaan di tambah lagi kemudahan pengangkutan yang sukar.

  Semasa di kampung dan zaman persekolahan kawe ada hobi yang sering 'berperang' dengan mak kawe iaitu kumpul barang terpakai terutama barangan elektronik,sanggup ketuk paku untuk dijadikan pemutar skru supaya mudah membuka dan mengambil komponen yang diingini dengan selamat dan elok.
  
   Setelah tamat alam persekolahan pada tahun 2005,2008 kawe sambung belajar,inilah peluang kawe cari bahan rujukan di perpustakaan pusat pengajian ditambah pula kursus yang kawe dapat adalah minat kawe selama ini.Idea ada tetapi kedai dan tempat yang boleh kawe dapatkan bahan pula jauh dan kewangan yang terhad.

  Rezeki kawe dapat teruskan lagi belajar ke peringkat diploma,kali ini lagi banyak bahan bacaan dan ada pula kemudahan internet yang disediakan.Disinilah kawe tahu dan kenal satu hobi yang menarik iaitu radio amatur seakan sesuai dengan apa yang kawe buat semasa usia remaja yang di panggil Short Wave Listening.Hobi ini memerlukan kawe mendapatkan peruntukan dari SKMM,dari kelas B (9W2FLV) ke kelas A (9M2NAL).
 
Salah satu sijil pertandingan radio

  Bermula dari carian bahan bacaan tentang radio amatur membawa kawe ke bahan bacaan baru iaitu cubesat,kawe cuba bina satu model menggunakan arduino atau mikropengawal tetapi semakin dibaca semakin jauh kawe dibawa hinggalah terjumpa apa itu cansat yang merupakan asas kepada pengajian dan pemahaman kepada satelit.

lakaran 3D


  Dari cansat kawe dibawa lagi ke model roket,nampaknya buat masa sekarang pembacaan kawe terhenti di model roket dahulu ini di sebabkan kawe cuba untuk menerbangkan roket binaan kawe sendiri yang masih lagi gagal menghsilkan motor yang berjaya memberi tujahan yang cukup dengan berat roket kawe bina.Roket yang kawe cuba bina harap dapat membawa cansat kawe ke ketinggian yang dihajati.

simulasi dari OpenRocket



  Kawe juga perlahan-lahan belajar tentang aturcara mikropengawal terutama atmega atau arduino buat masa sekarang aturcara cuma pandai rujuk aturcara dari orang lain yang diambil dari forum atau laman web dan kawe sunting sikit-sikit agar mudah faham.

  
Arduino UNO

  Zaman dalam talian yang pesat telah memudahkan lagi kawe berhobi,senang dan mudah mendapatkan bahan-bahan ataupun kompenen.Apa yang perlu hanyalah kawe pandai berjimat dalam berbelanja untuk hobi dan perbelanjaan keluarga.


Sekian.