Saturday, April 27, 2013

Bila April

27 April 2013,merupakan 27 April yang ke 28 dalam hidup kawe,dalam tak sedar umur kawe dah bertambah.
Alhamdulillah rezeki murah walaupun kadang kala kehabisan wang belanja sebelum hujung bulan.(hehehe).
Bila berada jauh dari keluarga tiadalah sambutan untuk kawe.Sambutan bukanlah sepertimana orang lain sambut dan rai,ada yang buat tiup lilin atas kek,ada parti.
Kawe rai secara biasa,tiada lilin ,tiada kek,hanya jamuan ringkas dengan kuih buatan sendiri mek (mak) kawe iaitu Cekodok Pisang.


Maka bila berjauhan begini susahlah kawe mahu menikmati kuih tersebut.
Sememangnya cara membuatnya mudah dan ringkas,tetapi yang menjadi idaman kawe adalah hasil air tangan mek kawe sendiri.
5 Mei 2013 kawe akan pulang,kesempatan itulah kawe akan guna untuk menikmati kuih itu.

Mek !!!!..nok jeput pise !!!.

Saturday, April 13, 2013

Bila Keluarga Datang Melawat


  Alhamdulillah hari ini kawe diberi kesempatan untuk berjumpa dengan sepupu kawe sekeluarga yang datang ke Pulau Mutiara atas tugasan suami beliau.Beliau sekeluarga bermalam di rumah adik kawe di Permatang Damar Laut.
  Niat hati kawe pun mahu juga bermalam disana,tapi apakan daya esoknya ada latihan,terpaksalah balik semula ke rumah sewa kawe di Kulim.Dengan kesempatan yang ada kami makan malam bersama di Restoran Pen Mutiara,Batu Maung.

Gambar kawe bersama suami sepupu kawe serta dua anak beliau

Kepala aje yang diberi..hehehehe
sikit jah catat..
selesai.

Saturday, April 6, 2013

Pagi Ahad Hari Minggu.


   Mata tidak mahu lelap,selepas belek2 Google dan Youtube.Oleh kerana sudah lama tidak mencatat di blog ini,kawe ambil masa sekejap sekadar tunggu mata rasa tiidak larat mahu buka.
   Sepanjang awal tahun telah banyak aktiviti yang kawe dan rakan2 sertai,malang sungguh nasib semua aktiviti itu tak dapat kawe rakam video dan gambar,almaklum la guna telefon mudah alih macam ini sahaja :

   Kamera kawe pula rosak,tak tahu kenapa,periksa bateri voltan dan arus ada dan cukup.Namun demikian kawe pinjam kamera kawan2,rakam video dan gambar,kawe pindah dalam kad ingatan kawe.
Adalah juga 2,3 keping gmbar dan video.



   Gambar atas ini adalah lokasi kami bertemu dan berkongsi ilmu,MEJA BATU.Semasa gambar ini dirakam tak ramai kawan2 yang datang bertandang,yang ada cuma 9W2CRR (tuan rumah),9W2DBC dan saya,9W2FLV (jurugambar).

9W2PKK
9W2DGW

KM60

    Gambar2 diatas pula di rakam ketika kawe sertai 9W2PKK dan 9W2DGW membaik pulih pengulang yang terlatak di Padangan Indah dan KM 60,Grik.


   Aktivti terbaru yang kawe ikuti adalah majlis Masih Ada Yang Sayang,apabila kami dijemput makan malam bersama KRT Taman Selasih Zon 2.
Program dan rancangan untuk aktiviti2 yang akan datang telah dibuat,nampaknya kawe kena beli kamera baru ,senanglah nnti jika mahu rakam setiap aktivit yang kawe lakukan,terutama bersama Komuniti HAM Kulim.

   Setakat ini dahulu catatan ini.