Sunday, August 26, 2012

31 Ogos 1957

MERDEKA MERDEKA MERDEKA



31 Ogos akan tiba lagi.
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada para pejuang yang telah gugur dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita.
Pada tahun ini semua rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun,sudah kelihatan pemilik  yang mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan dan kediaman masing2 tanda semangat cintakan negara.
Kepada yang telah lama kibar Jalur Gemilang,boleh lah tukar dengan yang baru mungkin yang lama dah pudar warna atau dah koyak.Kawe naik motor je,jd tak kibarlah,bukan kerana tak ada semangat cintakan negara,tapi bimbang jatuh pula nanti bendera tu.Kepada yang kibar pada kenderaan,perhatikanlah bendera yang dipasang nanti merata pula jatuh.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.


Berkhidmat Untuk Negara,
6209392 PJM ZAGI

Saturday, August 4, 2012

MENUNGGU SAHUR



Dari malam hingga ke pagi,mata tidak dapat dilelapkan,dengan bantuan Google ilmu dicari serata dunia.
Ilmu tentang pembinaan antenna dicari,yang boleh dimuat turun telah pun dimuat turun,yang mana tidak dapat dimuat turun teknik copy and paste digunakan.
Pertolongan dari Youtube   juga diminta bagi menambahkan lagi pemahaman dan cara kerja yang dijalankan dalam pembinaan.Semakin banyak bahan rujukkan ilmu dijumpai semakin banyak jugalah cemburu ini membuak2.Mulalah kaedah pembelajaran sejarah digunakan :
  • Bila?
  • Dimana?
  • Bagaimana?
  • Siapa?
  • Kenapa?.
Itulah perangai kawe,cemburu,pantang tengok orang lebih daripada kawe mulalah hati ini tidak keruan.Tetapi cemburu kawe bukan berniat hendak menjatuhkan sesiapa atau mengambil apa yang dimiliki orang lain.
Andai anda mempunyai wang yang banyak,kereta yang mahal,itu semua tidak mendatangkan apa2 pada kawe,andai kata anda mempunyai 1 pengetahuan yang melebihi kawe,itulah yang akan membuatkan kawe gelisah tidak tenteram.

Kawe akan tertanya,
BILA anda belajar?,
DIMANA anda mempelajarinya?,
BAGAIMANA kawe tidak tahu ini/itu semua?,
SIAPA yang mengajar anda?,
KENAPA kawe tidak ambil peduli sebelum ini?.

Bagi kawe ilmulah harta paling bernilai.
Selesai.