Monday, November 10, 2014

JT65

PERMAINAN BARU
JT65

Dalam mencuba mod baru dalam hobi radio amatur,kawe tertarik dengan satu mod yang diberi nama JT65.Perisian yang diguna adalah JT65-HF yang dibangunkan oleh W6CQZ.
Litar antaramuka yang digunakan tidak berbeza dengan litar antaramuka yang kawe gunaka untuk mod digital yang lain.Dengan menggunakan kuasa pancaran yang rendah,iaitu 10watt kawe berjaya QSO dengan stesen dari Eropah,yang menerima pancaran kawe juga banyak apabila kawe semak melalui laman PSKreporter.


Kawe sertakan kad eQSL yang kawe terima unruk QSO JT65.












Seronok juga guna mod ini walaupun masa untuk merima dan memancar agak mengambil masa.

Rujukan : 
www.eqsl.cc
www.eham.net/articles/25604

Saturday, November 1, 2014

Ambil angin.

YAGI 

Setelah lama dibiarkan berbaring di bawah bumbung,1 Nov 2014,antenna yagi 10 meter 3 elemen dinaikkan semula



.Ketinggian tetap sama iaitu 20kaki dari paras tanah.Uji pancar dilakukan menggunakan kuasa pancaran 1 watt melalui mod PSK31.



Mengikut PSKreporter,pancaran kawe diterima sejauh 1000 kilometer lebih,cuma tiada jawaban daripada stesen yang menerima  CQ kawe.



Sistem antenna yang kawe perlu lagi peningkatan dan pembaikan.

73.