Monday, August 31, 2020

MERDEKA 63

  MALAYSIA PRIHATIN
   31 Ogos 2020 merupakan hari kemerdekaan Malaysia Ke-63 yang disambut dengan ceria dan bangga oleh segenap warga Malaysia biarpun negara masih lagi dalam proses pemulihan dari pandemik COVID-19. Malaysia Prihatin menjadi tema sambutan tahun ini. 


  Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan sebagai tanda kebebasan dan kecintaan kepada Malaysia.Aktivi dilakukan dengan patuh kepada langkah-langkah pencegahan yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan. 
  Begitu juga kawe tahun ini beraktiviti bersama Penang DX dengan menjalankan acara CQ MERDEKA 63 yang telah dianjur oleh pihak MARTS bagi mewakili negeri Pulau Pinang. Isyarat panggil yang disediakan untuk kami pada tahun ini ialah 9M63MP. 

  Ribuan terima kasih kepada 9W2CWA yang sudi menyediakan lokasi buat kami menjayakan aktiviti tahunan ini. Juga tidak ketinggalan kepada rakan-rakan yang sudi hadir memeriahkan acara dan patuh SOP.
 
  Selesai untuk tahun ini semoga tahun depan berpeluang lagi untuk menjalankan aktiviti seperti ini bersama rakan-rakan.


DE 9M2NAL 73 . .

Saturday, July 11, 2020

ANTARA MEREKA




  Kawe telah menerima satu kekunci iambic hasil buatan rakan radio amatur tempatan yang menggunakan teknologi pencetakan 3D,kekunci ini kawe ada uji dengan Morse Trainer yang kawe bina menggunakan arduino.

Morse Trainer yang kawe bina menggunakan arduino tidak dapat memaparkan hasil yang kawe tekan jadi kawe tukar untuk guna bersama perisian CW Player .Untuk berfungsi kawe memerlukan adapter yang dapat menukar USB ke Serial Comm.Sebelum ini kawe telah guna adapter seperti gambar dibawah :
contoh
 Adapter itu telah kawe pasang ke radio untuk serial comm radio dan perisian logger.Oleh itu kawe mendapat idea untuk guna adapter yang digunakan untuk memuat turun program atmega328 dan arduino promini.Sedikit ubah suai perlu dilakukan ini kerana adapter itu cuma disediakan pin CTS dan DTR jadi kekurangan 1 pin iaitu pin DSR.Oleh kerana chip CH340G digunakan untuk adapter ini maka pin DSR adalah pin ke 10 chip.

Pinout CH340G


Berikut langkah kerja yang kawe buat :


 Rajah di atas merupakan litar yang telah tersedia bersama fail CW Player,PC_TX.bmp,litar ini kawe jadikan rujukan,cuma kawe tidak guna komponen yang dinyatakan di dalam litar.



 Pada pin 10 CH340G perlulah dipateri (solder)  satu wayar tambahan.Sila lakukan berhati-hati.Setelah selesai pateri pastikan wayar diikat atau dibalut ke papan litar adapter untuk mengelak pin chip patah.




 Serta pastikan pad dipateri ke CTS 

 Sambungkan pin DSR ke pedal kanan,pin CTS ke pedal kiri atau mengikut kesesuaian anda dan pin DTR ke sesentuh tengah.USB disambungkan ke komputer.



 Jalankan perisian CW Player kemudian :

  • Klik menu Port.
  • Pilih port yang anda akan gunakan.
  • Pilih Com untuk serial communication.
  • Pilih DSR untuk DOT dan CTS untuk DASH atau sebaliknya.
  • Pilih DTR,RTS dan klik ON untuk aktifkan DTR dan RTS ke HIGH.
  • Klik pangkah untuk menutup menu Port.

  
  Setelah selesai tetapan port dan pin,pastikan :
  • Pilihan adalah pada Monitoring.
  • Pilih Dual key normal atau reverse (normal ikut tetapan pin CTS dan DSR anda pada litar dan reverse mengubah kedudukanya.Contoh sekiranya anda pasang CTS sebagai DOT dan DTR sebagai DASH,apabila reverse dipilih CTS akan jadi DASH dan DSR akan jadi DOT.
  • PTT di tekan juga berfungsi seperti on


 Video ujian :



 Diharap penerangan kawe dapat membantu anda semua
TERIMA KASIH.
9M2NAL

Monday, June 29, 2020

TOK WAN

 2 Zulkaedah 1441 bersamaan 24 Jun 2020,Rabu.

 Empat tahun sempat bersama beliau sebagai cucu,itu pun belum sempat bertanyakan perihal ilmu. 
Kadang jika ada masalah aku minta isteriku bertanyakan jawaban dan hukum sesuatu.
 
Banyak hal menjadi pesanan untuk cucu-cucunya,hal lelaki kepada cucu lelaki, hal perempuan kepada cucu perempuan.Sering aku ingatkan isteriku agar teruskan amal ilmu yang di beri kerana itu menjadi bekal untuk Tok Wan. 

 Akan hal anak-anak beliau bukanlah tahap aku untuk perhati dengan jitu ini kerana pendapat aku anak hal anak bapa hal orang bapa, tetapi andai ada pertikaian tercapai ilmuku akan aku bersuara.

 Tok Wan Haji Ayob bin Hamzah. 
Keberkatan Allah keatas ruh beliau. 

Nukilan : Abi Ahmad Bajiji. 


 

Tuesday, May 26, 2020

ADO SEKOR ANAK TUPA

  Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugai,tupai ketika jatuh ia tahu kemana hendak mendarat,pandai kawal diri agar jatuhnya tidak melebihi nilai berat badan sendiri kerana itu naiknya ia cepat ke dahan semula.

  Begitulah kita perlu berilmu supaya setiap kegagalan dan kekecewaan dapat kita hadapi dengan tabah dan bersemangat untuk gagah bangkit semula demi meneruskan hidup. 
  
  Tetapi janganlah berbuat jahat kerana kejahatan kalanya ibarat tupai jatuh ditembak,mati.

Monday, April 13, 2020

Hendak mengajar

DENDA ATAU PEMBELAJARAN



  Tidak siapkan kerja sekolah,ketuk ketampi,silap semasa pelajaran kawad,satu kumpulan tekan tubi.Ada pelbagai cara lagi yang digunakan itu mencapai tujuan dan hasrat dalam perjalanan pengajian dan pendidikan ia di panggil DENDA.

  Denda mengikut carian umum di web DBP ialah hukuman kepada kesalahan yang agak kecil ( http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=denda) seperti mana ketuk ketampi,tekan tubi,berdiri luar kelas dan pelbagai lagi yang tidak mendatang mudarat kepada fizikal manusia yang menerima perbuatan itu.

  Adakah hukuman ini diberi untuk menyakiti individu yang berbuat kesalahan kecil itu?.Tentu sekali tidak,tiada seorang ayah atau ibu yang menghukum kesalahan anak mereka melainkan ingin memberi pengajaran bahawa perbuatan yang telah dilakukan adalah salah maka denda berfungsi memberi peringatan agar tidak mengulangi perbuatan itu kembali.

  Begitu juga disekolah atau mana-mana institusi pendidikan,seorang guru menghukum muridnya bukan kerana benci atau marah,murid diberi hukuman agar sentiasa ingat akan kesusahan yang lebih perit sekiranya tiada ilmu dalam dada.Denda dijalankan supaya murid memberi tumpuan yang lebih dalam mendapatkan ilmu yang mana memberi manfaat kepada diri mereka di hari dewasa kelak.

  Sedikit pengalaman didenda semasa menjalani latihan kawad,seorang melakukan kesalahan semua ahli pasukan lain akan turut menerima denda yang sama iaitu tekan tubi.Denda ini bukan sekadar denda yang suka-suka jurulatih kenakan,ia mengajar kami akan semangat kerja berpasukan juga memberi kami lengan,bahu dan abdomen yang lasak dan tenguh.

  Pada pendapat saya denda juga merupakan sebahagian daripada pembelajaran dimana murid atau anak diajar supaya berfikir dengan jauh dalam mengambil keputusan dalam sesuai perbuatan atau keputusan dalam hidup mereka.Sesal dulu pendapatan jangan sesal setelah mendapat denda.


ZAINAL ABIDIN GHAZALI

Friday, April 10, 2020

Kesedihan

COVID-19,WABAK DAN UJIAN



   Pandemik COVID-19,permulaan tahun 2020 yang menyedihkan dengan penyebaran virus yang memudaratkan dunia dengan masalah kesihatan yang boleh membawa kepada maut.

  COVID-19 atau Coronavirus Disease 2019 merupakan virus baru yang telah diketahui cara penyebarannya adalah melalui manusia ke manusia seperti :

  • Bersentuhan antara individu lain dengan individu pembawa.
  • Titisan yang terhasil apabila pembawa bersi,batuk atau bercakap.
  • Titisan masuk ke paru-paru melalui mulut dan hidung orang berhampira apabila disedut melalui pernafasan.
  • Kajian juga mendapati penularan juga dilakukan oleh individu yang tdak menunjukan simptom jangkitan.
  • Kekalkan jarak sosial 1 meter dan ada juga mencadangkan 2 meter sebagai langkah pencegahan.
  Kemungkinan penularan juga boleh berlaku melalui sentuhan permukaan atau objek yang telah tercemar.Ini berlaku apabila tangan yang menyentuh permukaan dan objek tercemar digunakan untuk menyentuh mulut,hidung atau mata.Sebagai langkah berjaga tangan hendaklah dicuci dengan kerap menggunakan sabun atau sapuan tangan berasaskan alkohol serta kerapkan mencuci permukaan yang sering disentuh,contoh tombol pintu.

  Simptom jangkitan boleh rujuk rajah di bawah,

RTM


  Langkah pencegahan penularan virus telah diambil oleh pihak kerajaan dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP.Perintah ini bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020 (fasa 1),1 hingga 14 April 2020 (fasa 2) dan 15 hingga 28 April 2020 (fasa 3).Bagi kawasan zon merah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.Didoakan perintah ini berjaya membedung penularan COVID-19 dengan cepat.



 Petugas barisan hadapan yang berusaha dalam memastikan proses saringan,rawatan,kawalan keselamatan berjalan lancar menjadi wira yang telah mendapat pujian dan sanjungan warga Malaysia yang begitu perihatin dengan kesungguhan mereka menunaikan  amanah yang telah dipikul oleh mereka biarpun ada yang tidak dapat bersama keluarga yang disayangi.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/564468/adtec-kulim-hulur-bantuan
   Tahniah dan terima kasih juga kepada warga Malaysia yang berjiwa murni dan sayangkan negara telah memanfaatkan ilmu yang ada dalam menyumbang kelengkapan perlindungan untuk petugas barisan hadapan.Tidak kurang juga rasa bangga kawe kepada institut pengajian kawe dahulu yang juga bersama menghulurkan tenaga,kawe hanya mampu menumpang bangga.TAHNIAH ADTEC Kulim terutamanya Jabatan Teknologi Perkakasan.


  Ucapan terima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana memberikan bantuan kepada rakyat dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan ini.Bersamalah kita menjadi warga Malaysia yang bertanggungjawab untuk memastikan rantaian penularan pandaemik ini dapat diputuskan dengan kadar segara supaya dapat kita merayakan Aidilfitri dengan rasa gembira dan kesyukuran.

  Sebagai seorang muslim yang sering kali turun naik iman di hati,bersamalah kita berusaha,berdoa dan bertawakkal supaya pandemik yang menjadi ujian segera hilang dan reda dengan itu dapatlah kita meneruskan amal ibadat seperti solat berjemaah di masjid sebagaimana sebelum ini.

INSHA ALLAH!.

Thursday, March 5, 2020

RASPBIAN BUSTER

Raspberry Pi 3B.

 Setelah lama tersimpan bulan ini belanjawan digunakan sedikit untuk membeli kad simpanan menggantikan kad yang telah tidak berfungsi dengan raspberry kawe. 
Mahu beli yang lebih besar muatan simpanan bimbang kecewa jadi beli sahaja yang muatan 16GB. 


 Sekarang kawe guna raspbian buster 2020-02-13 dan proses image write dengan Win32DiskImager.
Proses write dan boot ke raspberry berjaya.

Boot sahaja dahulu pagi ini,mungkin jika ada masa esok atau hari minggu kawe cuba pasang beberapa perisian yang bersesuaian untuk aktiviti radio amatur atau sekadar belajar aturcara python yang ringkas.

Sekian. 

Wednesday, February 26, 2020

GAGAL TERBANG TINGGI

UJIAN YANG KAWE

SENDIRI PUN LUPA BERAPA KALI.


     Hari ini kawe cuba lakukan ujian penerbangan model roket yang kawe bina menggunakan motor buatan kawe sendiri.Selepas beberapa kali gagal untuk membuat model roket menujah,ujian kali ini boleh buat kawe rasa sedikit teruja ketika melihat ia menujah dan menghasilkan daya angkat.

Meninggalkan tiang sokongan.
Motor digunakan adalah Kelas C.
  
 Walaupun tujahan dan daya angkat terhasil cukup untuk menerbangkan model roket tetapi di sebabkan kiraan pusat tekanan yang tidak tepat model roket kawe terbang rendah dan tidak stabil serta mengakibatkan dua belah sirip model roket kawe patah semasa terhempas.Perlu tukar bahan lain yang kuat sebagai sirip.

Sirip patah.
   Kawe rasa perlu guna cetakan 3D itulah yang sesuai dan kuat sebagai ganti sirip.Ulangkaji pula lepas ini,FreeCAD atau Fusion 360.Hasil yang tidk begitu memuaskan tetapi bolehlah jadi peningkat semangat.

Video ujian Penerbangan: 


Monday, February 24, 2020

Zainal Anak Zainal

23 Februari 2020,Ahad.
Hari minggu bersama anak jate beriadah.Sebelum itu Abe Amin teman ayah buat pengujian motor roket secara kejur. 

Selesai aktiviti ayah, masa tunaikan janji bawa Abe Amin main bola dan penatkan badan di taman permainan. Bola yang dibawa hanya sekali sekala ditendang,sepanjang masa di kepit bawa lengan. 

Malam tadi Abe Amin sudah terlena dalam kereta sebelum sampai rumah jadi tidak sempatlah untuk ayah bermain dan mengusik Abe Amin. 
Pagi ini marah ayah kerana tidak bersalam dengan dia dan hanya bersalam dengan mama. 

Semoga anak ayah membesar dengan rahmat. 
Zainal Amin Zainal Abidin. 

Monday, February 17, 2020

Angkasa





DARI GELOMBANG KE ANGKASA.

  Dalam berhobi banyak ilmu baru perlu di ulangkaji dengan kecanggihan teknologi maklumat yang kian membangun memudahkan lagi proses untuk mencari dan merujuk bahan bacaan.Dunia di telapak tangan. 

Model telefon pintar kawe


  Jika dahulu bahan bacaan dan rujukan boleh di dapatkan di perpustakaan,bagi kawe anak luar bandar sedikit sukar untuk mendapatkan bahan dari perpustakaan di tambah lagi kemudahan pengangkutan yang sukar.

  Semasa di kampung dan zaman persekolahan kawe ada hobi yang sering 'berperang' dengan mak kawe iaitu kumpul barang terpakai terutama barangan elektronik,sanggup ketuk paku untuk dijadikan pemutar skru supaya mudah membuka dan mengambil komponen yang diingini dengan selamat dan elok.
  
   Setelah tamat alam persekolahan pada tahun 2005,2008 kawe sambung belajar,inilah peluang kawe cari bahan rujukan di perpustakaan pusat pengajian ditambah pula kursus yang kawe dapat adalah minat kawe selama ini.Idea ada tetapi kedai dan tempat yang boleh kawe dapatkan bahan pula jauh dan kewangan yang terhad.

  Rezeki kawe dapat teruskan lagi belajar ke peringkat diploma,kali ini lagi banyak bahan bacaan dan ada pula kemudahan internet yang disediakan.Disinilah kawe tahu dan kenal satu hobi yang menarik iaitu radio amatur seakan sesuai dengan apa yang kawe buat semasa usia remaja yang di panggil Short Wave Listening.Hobi ini memerlukan kawe mendapatkan peruntukan dari SKMM,dari kelas B (9W2FLV) ke kelas A (9M2NAL).
 
Salah satu sijil pertandingan radio

  Bermula dari carian bahan bacaan tentang radio amatur membawa kawe ke bahan bacaan baru iaitu cubesat,kawe cuba bina satu model menggunakan arduino atau mikropengawal tetapi semakin dibaca semakin jauh kawe dibawa hinggalah terjumpa apa itu cansat yang merupakan asas kepada pengajian dan pemahaman kepada satelit.

lakaran 3D


  Dari cansat kawe dibawa lagi ke model roket,nampaknya buat masa sekarang pembacaan kawe terhenti di model roket dahulu ini di sebabkan kawe cuba untuk menerbangkan roket binaan kawe sendiri yang masih lagi gagal menghsilkan motor yang berjaya memberi tujahan yang cukup dengan berat roket kawe bina.Roket yang kawe cuba bina harap dapat membawa cansat kawe ke ketinggian yang dihajati.

simulasi dari OpenRocket



  Kawe juga perlahan-lahan belajar tentang aturcara mikropengawal terutama atmega atau arduino buat masa sekarang aturcara cuma pandai rujuk aturcara dari orang lain yang diambil dari forum atau laman web dan kawe sunting sikit-sikit agar mudah faham.

  
Arduino UNO

  Zaman dalam talian yang pesat telah memudahkan lagi kawe berhobi,senang dan mudah mendapatkan bahan-bahan ataupun kompenen.Apa yang perlu hanyalah kawe pandai berjimat dalam berbelanja untuk hobi dan perbelanjaan keluarga.


Sekian.