Wednesday, December 21, 2011

TIDAK RUGI MENUNTUT ILMU.

ULANGKAJI.

Tidak rugi kawe sambung pelajaran tahap kedua,walaupun malas ke tahap ke3.
tambahan hobi kawe yang memang berkaitan dengan kursus yang kawe ambil dulu.
projek ada dah,cuma kena tunggu balik trade laptop dengan adik kawe,kerana semua perisian untuk jalankan projek semua dalam laptop itu.
PIC - programer.
Circuit Design.
Circuit Simulator.
itu yang guna perisian,yang tidak guna perisian pun kawe kena ulangkaji juga.
Transistor sebagai Penguat
-B sepunya
-C sepunya
-E sepunya
RLC
-Resonan
-Regangan


itu semua ilmu yang baru kawe tinggal,dan masih segar lagi dalam memori.
ilimu yang lama kawe tinggal,iaitu matematik yang kawe belajar di tingkatan 5 yang kawe tinggal 8 tahun dahulu pun kena ulangkaji juga.
Teorem Phytogoras

betulkan,ilmu itu berguna.

Saturday, December 10, 2011

GERHANA BULAN

Indah sugguh ciptaan Allah

10 Disember 2011,Sabtu.
Kawe bersama jiran sebelah rumah mencerap bulan gerhana,indah pemandangan.
Dari awal bermulanya fenomena gerhana kawe tidak dapat nak cerap dengan jelas kerana cuaca mendung.
Pada jam 10 malam langit mula cerah dan tiada awan yang menutupi bulan.

setup teleskop




Aktivit mencerap kawe teruskan,sayang sekali jurugambar kawe pergi bercuti ke Perlis,namum begitu gambar juga beliau rakam disana.

jiran kawe
Gambar pun ada juga kawe ambil,tapi tidak berapa cantik kerana hanya mengunakan kamera digital telefon bimbit.

proses gerhana


Kawe mencerap sehingga bulan keluar dari bayang bumi.

pergerakan keluar dari bayang  (gambar diambil terus )
pergerakan keluar dari bayang (kamera pada eyepiece)
Ciptaan Allah.

Wednesday, December 7, 2011

AKAN DATANG LAGI

PRU-13

Pilihan raya hampir tiba,sudah kedengaran pelbagai bahana nista,kamu tuduh dia,dia tuduh kamu.
Yang pening kepala rakyat yang mahu buat pilihan,sebab semuanya tidak elok kerana saling menuduh,saling mencari cela pihak lawan.
Kawe pun rasa gelisah juga,sebab kawe pun sudah masuk golongan yang memilih,sudah sekali terlepas pilihan raya.
Takkanlah mahu pilih pemimpin pun hendak lakukan solat sunat.
Rasa tidak mahu memilih,tetapi kalau tidak memilih,kawe tidak dapat hendak komen pula cara pemerintahan nanti.
Pada Yang Berkhidmat (YB),janganlah masa hendak pilihan raya sahaja hadir kepada rakyat.kalau selalu tonjolkan diri tidak salah,nanti rakyat mudah kenal,mudah ingat,bila kempen tidak payah rugi duit letak gambar besar2 di poster,
Bila beri ucapan ketika kempen,janganlah tabur janji,rakyat mahu bukti,bukan mahu janji.
Untuk mudahkan lagi,bangunkan sesuatu kawasan sebelum tibanya pilihan raya,tentu bila sudah tiba pilihan raya tentulah rakyat memilih pihak yang membangunkan kawasan mereka.

Kawe golongan memilih,siapa senangkan kawe,yang tu yang kawe pilih.
Belia 5.5

UNTUK INSAN YANG BAKAL MENJADI SURI HATI KAWE

Kepada YL yg mn mungkin menjadi teman hidup kawe ni kawe ada bnda nk tnya sikit.
baik,seperti man diketahui,kawe baru je terlibat dalam hobi yg mmerlukan blnja n ksabaran yg tinngi,iaitu HAM Radio / Rsdio Amatur.

Soalan kawe :

1-.Sanggup x tgk rumah kita nnti 1 bilik dipenuhi oleh set radio,mcm gmbr dibawah.



2-Tidak mengapa ke kl depan,belakg dan atas bumbung rumah dipenuhi oleh besi2,aluminium ?.mcm gmbr dibawah.



3-Rela ke kenderaan kita nnti kl dipenuhi dgn mobile rig didalamnya n antenna diluarnya?..mcm gmbr dibawah.

 

9W2FLV

Tuesday, November 22, 2011

Mahu cuba hobi baru..

Hobi Lain Pula.

   Radio amatur kawe dah dapat,kira dah bolehlah,walaupun kelas B,sekarang kawe nak cuba hobi baru pula,Falak atau Astronomi.
     Falak ni merupakan ilmu yang kawe minat dari sekolah lagi,tapi kerana masa belajr kawe bnyk main2,xdpt la nak truskn,utk mmenuhi hasrat tu,maka kawe nak cuba hobi ni,guna teleskop biasa je,D90xF900 atau D50xF350.

Teleskop jenis pantulan
    Sambil melayan hobi boleh juga melihat keindahan alam yang diciptakan Allah.

Letupan Supernova.

Falak dan Radio Amatur Digabung bersama,mungkin hasilnya menarik.
Gerhana
Bima sakti
Bulan
Balai Cerap
Hobi ni macam2 jenis,semua minat xsama,tp pilih la hobi yang kena dgn gaya hidup..


Terima jelas.

Sunday, November 20, 2011

Patriotik lawan Politik

Kawe Bukan Ahli Politik.

  Ahad hari cuti,hujung bulan tiada modal hendak pergi jalan2.,sambil buang masa kawe belek2lah laman sesawang,terjumpa satu blog yang mencatat satu masalah yang mahu ditimbulkan oleh seorang ahli politik,menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap Jalur Gemilang,kononnya Jalur Gemilang kita itu hanyalah satu mainan politik sahaja.

   Setelah membaca petikan yang dikeluarkan membuatkan semangat dijiwa kawe membuak2 dengan tiba2 dan membangkitkan semangat perajurit yang terpendam dengan itu dapatlah bagi kawe untuk tulis nota yang pendek ini.

Jalur Gemilang


  Walaupun kawe orang biasa,yang tidak tinggi ilmu didada,tapi semangat cintakan Malaysia tebal dihati kawe,kerana Malaysia tempat tumpah darah pertama kawe,tempat dimana kawe dibesarkan,diberi pengetahuan yang mencukupi untuk meneruskan hidup dan membangunkan negara Malaysia dimasa hadapan.

  Kawe rasa amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia sejati (Bumuputera),walaupun kawe tidak dapat membanggakan negara dimata dunia seperti mana wira2 negara kita,namun itu semua bukan alasan untuk kawe menjadi warganegara yang mengkhianati negara sendiri,Malaysia.

   Seperti kawe nyatakan tadi,kawe bukanlah orang yang tinggi ilmiah,namun kawe sebagai salah seorang warganegara yang berkewajiban untuk memilih pemimpin negara kita,kawe harapkan pemimpin yang dipilih nanti berkhidmat dengan ikhlas untuk negara,jangan kedudukan yang tinggi disalah gunakan.

   Rakan2 semua,tahu atau tidak siapa yang mencipta bendera Malaysia atau Jalur Gemilang?.Baiklah ini serba sedikit yang kawe tahu melalui pembacaan kawe-lah.Bendera Malaysia dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah, dan dicipta pada 1947 kemudian pertama kalinya dinaikkan dan berkibar  pada 31 Ogos 1957.Allahyarham merupakan seorang arkitek kerajaan negeri Johor dan telah kembali ke sisi Ilahi pada tahun 1993.

Pencipta bendera Malaysia.
   Itu sahaja yang dapat kawe catatkan.

Berkhidmat Untuk Negara
6209392 PM Zainal
9W2FLV

rujukan : http://www.kujie2.com/artikel/sejarah-jalur-gemilang.html.
ubah suai dari nota Facebook kawe  http://www.facebook.com/zulualpha1985

Friday, November 18, 2011

Pilihan Hati

SERABUT WEIHHHH..

  Malam ini chat melalui Muka Buku bersama rakan HAM,tajuk perbualan CB Radio.
Kawe pula dah lama bercita2 nak miliki seunit CB Radio ni,paling kawe tak tahan bila beliau cerita hanya menggunakan handy CB dapat QSO dengan rakan2 dari Taiwan,itu baru kuasa pancaran 4watt,bayangkanlah andai menggunakan kuasa pancaran 45watt.Eropah mungkin dapat dimodulat.
  Duit ada,masalah bagi kawe sekarang ni,ada 2 asset nak beli ni,terpaksa belajar Ekonomi Asas,kos lepas,antara MCB-45W Radio (RM500) dan Acer Aspire One Netbook(RM900).
Acer Aspire One Netbook
MCB-45W Radio
   Kalau ada rezeki lebih nak buat koleksi handy..best juga tu,isi masa lapang,kosongkan dompet.

Breaker Breaker.
Handle here Gold Sand Boy
10-4.
(terpengaruh dengan cerita Convoy dan The Bandit.)

Friday, November 11, 2011

Banyak Air Hujan (B.A.H)

Banyak.Air.Hujan

 
November kian tamat,tanda musim tengkujuh dah hampir,cuaca dikampung kawe pn dah nmpok tak berapa nak cerah..jo'on (mendung)..
Ikut petua nenek kawe gak,kalau hujan pada hari jumaat pada musim tengkujuh ni,berkemungkinan hujan akan berlarutan selama seminggu,diikuti dgn paras air sungai meningkat,air pertama naik pada paras kuning,yg ni mcm pesta lah,ikan sungai pn bnyk,4,5 hari surut,air kedua naik ke paras berjaga2 n kawasan rendah perlu berpindah,4,5 hari surut,air ketiga datang pada paras bahaya iaitu air mencapai 5m,rumah kawe alhamdulillah kawasn tggi sikit je..paling kurang air naik ke paras buku lali keatas rumah.mkn atas sampan,seronok.
Rumah kawe dekat jah dgn Sungai Golok,lbh kurang 100m,sbb tu kawe boleh crta tu.
Sudah 5 tahun kawe tak smpat main bnjir krna merantau.


Monday, October 24, 2011

Dah Lama Tak Catat

Assalaam alaikum.
Dah lama tak catat blog ni,skrg ni sibuk dgn kerja,kurg aktiviti yg dilakukan,jd xda la entry.
Nk tulis sajak atau syair,xda seni..
Dari dibiar blog ni tiada entry terbaru,maka kna tulis la apa2 yg terlintas difikiran.
Alang2 buka blog,kna ambil th jg.kl dibiarkan nnti mcm sampah pl.ada tp mcm tak bertuan.
Nk QSO pn masalah juga,diapole bt hal,solder join pl tertanggal..nk bw turun ,mak ai..berat..
Skdr memanaskn handy blh la gn homebrew handy antenna.
Rasanya tak ada dah yang nk ditulis.
QRT
73..








Saturday, October 8, 2011

Latihan Tambah Kemahiran

Latihan Menembak Batalion 2,RAW 513

22 - 24 Julai,Kem Bukit Pinang - Satu latihan memantapkan kemahiran menembak dan kendalian senjata anggota batalion 2 telah diadakan.
tunggu 3 tan
\







gambar terakhir dgn OC

tunggu nk balik

kawe terlena keletihan

sasaran kami

Team No Hal !!

Monday, June 6, 2011

Hari Keluarga SPHAM

Kem Singkir,Merbok : 3 dan 4 Jun 2011.
Kawe gi Merbok bersama SWL-Poeji,SWL-Zul,SWL-Bobo,kami bertolak ke sana pada jam 8.30 pagi dari Kulim dengan menaiki 2 buah motorsikal ( kuda besi ).
Kawe dan rakan2 gi pada hari kedua kesana,4.6.2011,Sabtu.
Sampai sana jam 9.45pagi.Tgk sunyi je..kami dijemput sarapan bersama2 didewan mkn..


poeji

zul

9W2TIQ-Atiq,juara wall climbing.

kawe dan poeji cuba kali kedua


lumba dgn poeji
 Selesai sarapan acara bermula.
Acara wall climbing dimulakan,kawe naik,tp xberjaya sampai puncak,Zul n Poeji pn naik,tp xberjaya jg..
Bobo kegayatan,berpeluh sblum daki..
Kawe,Poeji bt cubaan kedua,tp berjaya smpai spruh je,lbh tggi dri cubaan pertama.


Zul tgh tenang target.

Acara paint ball merupakan acara kedua.
Kawe ltk nma kami b4.tp yg masuk kawe dan Zul je..
Kawe berjaya menjatuhkn 3 sasaran.
Zul tidak bernasib baik.


mcm sengit.

Robin Hood
 Acara ketiga dan terakhir,memanah.
Acara ni pun kawe dan Zul jg sertai.
Memanah kawe dan Zul tidak Bernasib baik,hanya beberapa mata je dpat,satu arrow ke tanah.

penyampaian hadiah.

Kawe dapat hamper dan jam dinding,hamper tmpt k3 paintball,dan jam cabutan bertuah.
Program tamat jam 1300H.

SWL-Bobo


berfotografi bersama hadiah.

aksi
 Sebelum bertolak  pulang kami sempat bergambar di hadapan pintu kem berlatar belakangkan sawah.

mancing ke?



Peluang diambil.kami ke Tanjung Dawai,sambil bergambar kenangan.
Bertolak balik dalam keadaan hujan renyai2.

Terima Kasih SPHAM..