Wednesday, April 30, 2014

hukuman

HUDUD

HUDUD,dalam akhbar,dalam blog dan dalam pelbagai media semuanya perbincangan tentang HUKUM tersebut.Setelah membaca media tersebut,saya pelik dan hairan kerana belum lagi timbul persepakatan antara rakyat.Rakyat bukan beragama Islam bersepakat untuk menentang perlaksanaannya,yang hairannya hukum itu hanya akan dilaksanakan di Kelantan yang menentang bukanlah rakyat Kelantan.

Dilahirkan sebagai seorang Muslim, alhamdulillah.Hidup pun sebagai seorang Muslim, alhamdulillah.Mati pun sebagai seorang Muslim, insyaallah.
Yang peliknya mereka ini pun turut menentang, katanya hukuman tidak adil.Apa yang tidak adil??.
Hukuman khusus untuk Muslim,hukuman yang bukan boleh dilaksana dengan main-main.Tidak belajarkah dahulu ?.

Orang bukan Islam menentang mungkin kerana mereka belum tahu apa itu hudud dan cara perlaksanaannya,namun,bagaimana pula dengan orang Islam yang telah diajar tentang HukmulFiqh,lupakah mereka akan munasabah hukuman ini untuk orang Islam?.

Saya hanyalah seorang pelajar yang belum lagi mahir dalam hukum-hakam manusia inikan pula hukum-hakam Allah.Sama-samalah kita mengaji.

Zainal Abidin ibni Ghazali ibni Isa ibni Salleh ibni Abihi wa abih.
Terima kasih..

Wednesday, April 23, 2014

sejarah

KAMI TIDAK LUPA.

Kami tidak pernah lupa sejarah,namun kami tidak diberitahu sejarah yang sebetulnya.Bukan kami ingin menghapuskan apa yang telah diperjuangkan.Namun perjuangan itu haruslah diubah coraknya.Untuk terus maju pahlawan lama perlulah memberi tunjuk ajak kepada perwira yang baru berjinak dengan medan perjuangan.

Taktikal yang digunakan mungkin berbeza.Jika dahulu KOD menjadi syarat mesti untuk menyertai barisan Alpha,anggota Alpha setiap tahun penambahan tidak ramai jika dibandingkan dengan anggota Bravo.Tidak semua orang sempurna,ada diantara anggota Bravo yang mungkin bermasalah untuk menerima KOD,begitupun mereka mampu mengendali senjata yang setanding anggota Alpha.

Jika KOD menjadi halangan itu tidak diringankan,mungkin kekuatan anggota Alpha akan berkurangan,walaupun anggota Bravo mampu kendali senjata yang setanding,akan tetapi kuasa pancaran dan peluru yang lebih tersedia tidak dapat digunakan disebabkan bidangkuasa yang terhad.

#9W2FLV sedang belajar KOD sambil menembak guna peluru kaliber 10k mm jenis PSK31,SSB dan HELL.

Monday, April 7, 2014

baru ku tahu.

JOULE THIEF.


Sambil melayari laman sesawang ketika buat PJJ,kawe terjumpa satu ilmu baru,ilmu ini rupanya digunakan dalam lambu suluh LED yang menggunakan 1 sel kering 1.5 V untuk menghasilkan cahaya terang daripada Hi-Bright LED.
Setelah membaca penerangan yang tercatat,kawe cari komponen dalam bekas simpanan.
Q1 2222A
R1 1k
T1 Transformer
LED



Pada mulanya kawe cuba buat sendiri transformer tapi tidak berhasil.ini mugkin disebabkan bilangan lilitan yang tidak cukup atau jenis dawai tidak sesuai atau transistor yang digunakan berkadaran arus yang rendah.Jalan penyelesaian kawe ambil transformer dalam bekalan kuasa komputer kawe yang telah rosak.
Kajian berjaya,LED bernyala dengan terang,arus dan voltan mampu menyalakan 2 LED
Ujian Kawe tidak dapat disertakan gambar,kamera rosak.


rujukan
 http://technologytutor.co.nz/technology-and-science-for-kids/01-build-your-own-joule-thief


**PJJ = Pengajian Jenguk-Jenguk

ada lagi dan zaman pun dah moden.

KAD QSL
MELALUI
E-QSL


Selama guna Motocool mc-7777.setakat catatan ini sebanyak 51 kontek dan 23 negara berjaya dicapai,namun begitu ada juga kontek isyarat panggilan yang sama.Dua mod digunakan iaitu SSB (USB) dan PSK31.
Jalur frekuensi pula adalah jalur 10 meter.

Sedikit Maklumat.
Peruntukkan Radas Kelas B :
- Jalur Frekuensi.
  • 10 Meter = 28MHz higga 29.7MHz .
  • 6 Meter = 50MHz hingga 54MHz.
  • 2 Meter = 144MHz hingga 148MHZ.
  • 70 Sentimeter = 430MHz hingga 440MHz.
- Kuasa Pancaran Maksimum.
  • 50 Watt PEP.
 - Kelas Pancaran.(Rujukan Buku Panduan SKMM)
  • A3E
  • F1A
  • F2A
  • F3E
  • J3E
  • R3E
 Untuk peruntukkan jaluran yang lebih perlulah berpindah ke kelas A,syaratnya perlulah mampu untuk berkomunikasi menggunakan mod Gelombang Berterusan (CW) atau Kod Morse dengan kadar penghantaran 12 perkataan seminit.Bagi kawe,tidak puas lagi menjelajah kelas B.CW telah pun kawe pelajari,namun tahap kemampuan masih lagi rendah.

Dalam perhubungan melalui radio,kawe telah terima beberapa kad QSL iaitu kad tanda perhubungan melalui Radio Amatur telah berlaku dengan jaya.Begitupun,kad yang diterima adalah secara elektronik.

Berikut adalah kad yang diterima ;

Kontek Pertama SSB (USB)


Kontek Pertama PSK31
Kontek Pertama dari Malaysia














Tersilap Log.












Insyaallah ada rezeki,kawe mahu cari radio yang lebih sikit fungsi dan kualitinya,bila sudah mampu,barulah fikir naik tarf.
Setakat ini dahulu kad yang ada,lepas ini cuba dapatkan kad yang kertas pula.

9W2FLV
Zainal
73/88.

rujukan :
- http://www.qrz.com/db/9W2FLV
- http://eqsl.cc