Thursday, April 26, 2012

Bila APRIL

  • 27 April datang lagi,datang ia untuk kali ke-27 dalam hidup kawe,ini bermakna makin meningkatlah usia kawe.Bila usia dah dekat dengan angka 3+ macam2 perasaan yang ada.Usia sahaja yang meningkat,tetapi kematangan diri lambat meningkat bila dibandingkan.Bukanlah membawa makna kawe ini kebudak-budakan.
  • Seorang demi seorang tidak kira perempuan atau lelaki kawan2 kawe telah mendirikan mahligai,kawe sahaja yang menghitung simpanan yang makin disimpan tetapi tiada bertambahnya.Kenapa ya??.Kata pakar motivasi 'FIKIR POSITIF'.mungkin yang terjadi telah ditetapkan oleh Dia,ujian dalam hidup.
  • Sebelum ini berniat hendak beli kereta,bila dengar sahaja nasihat para ahli makan garam terlebih dahulu supaya pastikan ada rumah dulu sebelum bina tangganya dan membawa masuk surinya.
  • Tahun ini tidak dapat juga hendak makan makanan istimewa CUKODOK PISANG,orang lain sambut hari lahir tiup lilin diatas kek,tetapi kawe sambut dengan tiup cukodok yang panas..emmmm..sedap,tambahan pula hasil air tangan ibunda.
  •  CUKODOK PISANG,nantikan kepulangan kawe.
 

No comments:

Post a Comment