Sunday, May 20, 2012

RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan
    Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah, Bangsa dan Negara ini diwujudkan sebagai sebuah Bangsa dan Negara yang berdaulat. Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan pemerintahan beraja yang berpelembagaan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang Berdaulat. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang Raja di bawah Perlembagaan, maka demikianlah juga sisitem beraja akan berlangsung dengan Baginda Raja-Raja sebagai ketua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Gabenor-gabenor merupakan lambang perpaduan oleh itu, Baginda berada di luar politik. Kesetiaan yang dikehendaki daripada setiap warganegara adalah menumpukan sepenuh taat setia yang bener-benar jujur. Selain itu mereka yang menjadi rakyat Raja-Raja hendaklah juga menumpukan taat setia setia kepada Raja masing-masing tetapi dengan tidak mengurangkan taat setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Persekutuan. Kesetiaan ialah jiwa bangsa kita. Kesetiaan dari hati sanubari kepada Raja dan tanahair inilah yang menyatukan kita semua daripada pelbagai kaum menjadi satu Bangsa yang bersatupadu. Kesetiaan kepada Negara-negara lain adalah bertentangan dengan kesetiaan yang tidak berbelahbagi kepada Negara ini.

Keluhuran Perlembagaan
    Kewarganegaraan member seseorang itu taraf keanggootaan sebuah negara. Perlembagaan member kepada seseorang warganegara hak-hak dan keistimewaan tertentu; Perlembagaan juga meletakkan padanya tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan tertentu terhadap Bangsa da Negara. Setiap warganegara wajib menghormati dan menghargai kandungan, maksud dan latar sejarah Perlembagaan. Latar sejarah inilah yang telah menyebabkan termaktubnya beberapa fasal dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum-kaum asal yang lain, hak-hak yang adil bagi kaum-kaum lain dan soal pemberian taraf kewarganegaraan. Tanggungjawab mulia dan suci seseorang warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan.

Kedaulatan Undang-undang
    Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Setiap rakyat tarafnya sama di sisi undang-undang. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara. Kebebasan ini termasuklah kebebasan seseorang, perlindungan sama di sisi undang-undang, kebebasan beragam, kebebasan memiliki harta benda dan perlindungan daripada dibuang negeri. Perlembagaan memberi kepada seseorang rakyat hak mengeluarkan fikiran, hak berhimpun dan hak menubuhkan persatuan. Hak-hak ini boleh digunakan dengan bebas asalkan tidak melanggar sekatan-sekatan yang dikenakan oleh undang-undang. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kedaulatan undang-undang terjamin denga adanya sebuah badan kehakiman yang bebas serta mempunyai kuasa bagi memutuskan sama ada sesuatu perbuatan pemerintah itu sah atau tidak dari segi Perlembagaan undang-undang.

Kesopanan dan Kesusilaan
    Setiap orang dan setiap golongan hendaklah menguruskan hal masing-masing dengan cara yang tidak melanggar tatasusila. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau yang menyinggung perasaan sesuatu golongan. Seseorang warganegara tidak boleh menyoal kesetiaan seorang warganegara yang lain dengan alasan bahawa ianya berasal dari keturunan tertentu. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan awam kita.
     
     

No comments:

Post a Comment