Friday, July 27, 2012

Hobi oh Hobi

PERIBAHASA JADI PANDUAN


Pagi ini bangkit awallah pula,terus jaga bimbang tertidur dan terlepas sahur.Dalam masa yang ada sebelum sahur ini kawe tulislah sikit dalam blog kawe ni.

Baiklah dalam catatan kali ini kawe nak catat perihal hobi,boleh dikatakan setiap individu punya hobi,ada yang sama dan ada yang berbeza.Hobi ini juga salah satu cara untuk hilangkan tekanan seharian kerja bagi yang berkerjaya di hujung minggu.
 

Ada yang suka kumpul setem,memancing dan lain2 lagi,kawe juga tidak ketinggalan dalam memenuhi masa lapang dengan berhobi.Radio amatur merupakan hobi yang betul2 kena dengan minat kawan.Bila berhobi kenalah keluarkan RM sikit,kawe pun tidak berkecuali,walaupun sudah berkerjaya namun pendapatan perlulah juga disimpanan untuk masa depan,maka untuk memenuhi keperluan hobi ni,kawe kenalah menabung.
 

Alhamdulillah kelengkapan yang perlu dah ada,walaupun tidak seberapa.
Dalam berhobi ni kawe amal beberapa peribahasa cerdik pandai.


TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA.

Sebab peribahasa nilah kawe tak kisah menggunakan peralatan yang  berjenama tidak terkenal dan ciplak pula tu rekaanya (my friend Brian said : made in China ).
Peribahasa kedua :

UKUR BAJU BADAN SENDIRI.

Baju kawe saiz M dan L je sesuai,jadi takkan kawe nak ambil saiz S.
Jadinya,belilah yang berpatutan dengan pendapatan yang ada.
Yang penting bagi kawe dapat jalankan hobi dengan jaya.

Selain peralatan yang dibeli untuk digunakan dalam hobi kawe juga tiba2 terasa ada niat mahu buat koleksi pelbagai jenis rekabentuk dan jenama peralatan tapi kawe sabar.BERJIMAT.

setakat ini dulu catatan ini.mahu mandi tunai Wajib 2.

No comments:

Post a Comment