Sunday, June 10, 2018

ABANG AMIN

Zainal Amin bin Zainal Abidin,nama yang kawe dan isteri setuju untuk di berikan kepada zuriat lelaki pertama kami,alhamdulillah setelah beberapa masalah kesihatan dirawat dia kini semakin sihat.Semasa catatan ini dibuat Abang berusia 9 bulan 13 hari,sudah mula mahu merangkak.

Abang dilahirkan pada 28 Ogos 2017
23:01 secara Ceaser di hospital Seberang Jaya,betapa sesak nafasnya kawe bila pihak hospital bagitahu isteri kawe perlu Ceaser.
20 hari dilahirkan, abang dimasukan ke NICU selama 2 hari setelah pemeriksaan abang disahkan alami pyloric stenosis kemudian dihantar ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menjalani pembedahan.
Dua hari abang perlu puasa sebagai persediaan pembedahan, syukur tidak terhingga apabila pembedahan abang berjalan lancar.

2 Julai 2018 nanti merupakan rawatan susulan terakhir yang abang perlu hadir,insha allah sihat.

No comments:

Post a Comment