Sunday, October 6, 2013

Cuba Yang Ini Pula

2 METER,10 METER
DAN 11 METER.

Syukur dapat lagi kawe tambah satu set radio bagi melengkapkan lagi hobi kawe.Walaupun peralatan yang dimiliki tidaklah berkualiti dan mahal,namun itu juga yang kawe pilih,hobikan,selagi ia dapat di giatkan itu sudah kira baik dari tidak buat apa2.
Radio set buatan China dengan nama Motocool model mc-7777.
Mod : AM,FM,SSB dan CW.
Kuasa : 50Watt FM (mod lain kawe lupa.)
Radio ini mampu meliputi frekuensi 25MHz hingga 30MHz ini dapat dilakukan melalui atucara menggunakan kabel.Lupa pula,ia juga mempunyai 6 bank siaran.A,B,C,D,E dan F.Setiap bank mampu menampung 60 saluran.
Setelah mendapat beberapa cadangan dan ulasan dari yang berpengalaman barulah pembelian dibuat.

Setelah di unpacking

Dengan harga yang mampu milik iaitu RM880,berbaloi kerna radio ini juga disertakan dengan beberapa kelebihan.
Bunyi speaker yang mantap dan cara pengendalian yang mudah (kekok pada awalnya).
Turut disertakan jack untuk CW key,sesuai kepada yang berminat untuk QSO melalui CW.

Masa ujian pemancaran
Ujian pemancaran yang baik,dapat menghubungi stesen dari Indonesia,diterima 59.
Antenna yang digunakan 1/4 wave pada ketinggian 15kaki.

1/4 wave

Antenna perlu ditentu semula bagi mendapatkan SWR yang sesuai untuk 10meter.
Memerlukan bantuan 9W2SFX.

73.

No comments:

Post a Comment