Monday, February 3, 2014

Cuti dan Aktif

AMBIL KESEMPATAN


30 Jan 2014.
Kawe balik bercuti ke kampung sempena Tahun Baru Cina.Kesempatan cuti yang ada kawe ambil dengan sebaik mungkin.Telah lama kawe nak cuba buat pemancaran di Pangkalan kawe,akhirnya dapat juga.
Kawe mulakan pemasangan antenna pada jam 5 petang.Kawe cari stesen yang sedang CQ.
kawe cuba menyahut,sahutan kawe diterima 5/9 oleh stesen Hong Kong.

31 Jan 2014.
Suhu dikampung kawe menunjukkan bacaan 18darjah Celcius.Tumit dan ibu jari kaki kawe kebas kerana suhu yang sejuk.Dari pagi kawe mula CQ tapi tiada yang sahut,kawe cuba cari jika ada stesen di lain2 frekuensi.Kedengaran stesen Bhutan sedang CQ DX sekali lagi kawe sahut,sahutan kawe disambut kerana dia pertindihan dengan stesen lain.

2 Feb 2014.
Dalam suhu yang sejuk ,kedengaran stesen Jepun,kawe sahut dengan 5/9 diterima.Pada petangnya stesen European-Russia menerima sahutan kawe juga dengan 5/9.
Dapat maklumat ada stesen DXepdition,kawe cuba sahut namun tidak berjaya.







1 comment:

  1. Nal tahniah dapat qso keluar negara dengan radio berkuasa 40watt syabas kepada motocoopa.

    ReplyDelete