Saturday, June 24, 2023

Pengasuhnya mak-mak.

PANTAI TELUK BAYU


   Pada 23 Jun 2023,Jumaat adik (Kak Cik,adik ipar (Mak Dik) dan anak saudara kawe datang ke rumah adik (Kak Ngah) kawe yang ada Bayan Lepas.Mereka datang untuk menjaga anak Kak Ngah disebabkan pengasuh dia telah awal bercuti dan pulan ke kampung sempena sambutan hari raya korban.Hari ini,24 Jun 2023 kawe kesana untuk bertemu mereka semua dikeranakan kawe kerja separuh hari dapatlah pergi juga hari ini.

Layan adik,sulong sama sulong.
    
        Perkhelahan tidak dirancang,sesampai kerumah Kak Ngah,suaminya beri cadangan untuk ke pantai pada waktu lepas Asar.Maklumlah jarak rumah mereka ke pantai tidak jauh cuma berjalan kaki sahaja kami.Anak kawe bermain pasir pantai dengan baju yang tidak sepatutnya untuk bermain pasir.

Ayah pun layan pasir.

Ini pun sulong sama sulong sama sulong.

         Kami mengambil angin laut dan beri masa untuk anak-anak main pasir lebih kurang satu jam setengah.Dalama masa itu mama-mama mereka juga sempat rendam kaki dalam air laut.Kami pulang semula ke rumah Kak Ngah untuk membersihkan diri dari pasir pantai yang di tabur anak.Jam lapan malam kami bertolak pulang ke rumah kami di Bukit Mertajam.

        Harapan nanti suatu hari mahu bawa juga Tok Ayah dan Tok Mek untuk datang bercuti ke Pulau Pinang.




No comments:

Post a Comment