Sunday, November 20, 2011

Patriotik lawan Politik

Kawe Bukan Ahli Politik.

  Ahad hari cuti,hujung bulan tiada modal hendak pergi jalan2.,sambil buang masa kawe belek2lah laman sesawang,terjumpa satu blog yang mencatat satu masalah yang mahu ditimbulkan oleh seorang ahli politik,menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap Jalur Gemilang,kononnya Jalur Gemilang kita itu hanyalah satu mainan politik sahaja.

   Setelah membaca petikan yang dikeluarkan membuatkan semangat dijiwa kawe membuak2 dengan tiba2 dan membangkitkan semangat perajurit yang terpendam dengan itu dapatlah bagi kawe untuk tulis nota yang pendek ini.

Jalur Gemilang


  Walaupun kawe orang biasa,yang tidak tinggi ilmu didada,tapi semangat cintakan Malaysia tebal dihati kawe,kerana Malaysia tempat tumpah darah pertama kawe,tempat dimana kawe dibesarkan,diberi pengetahuan yang mencukupi untuk meneruskan hidup dan membangunkan negara Malaysia dimasa hadapan.

  Kawe rasa amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia sejati (Bumuputera),walaupun kawe tidak dapat membanggakan negara dimata dunia seperti mana wira2 negara kita,namun itu semua bukan alasan untuk kawe menjadi warganegara yang mengkhianati negara sendiri,Malaysia.

   Seperti kawe nyatakan tadi,kawe bukanlah orang yang tinggi ilmiah,namun kawe sebagai salah seorang warganegara yang berkewajiban untuk memilih pemimpin negara kita,kawe harapkan pemimpin yang dipilih nanti berkhidmat dengan ikhlas untuk negara,jangan kedudukan yang tinggi disalah gunakan.

   Rakan2 semua,tahu atau tidak siapa yang mencipta bendera Malaysia atau Jalur Gemilang?.Baiklah ini serba sedikit yang kawe tahu melalui pembacaan kawe-lah.Bendera Malaysia dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah, dan dicipta pada 1947 kemudian pertama kalinya dinaikkan dan berkibar  pada 31 Ogos 1957.Allahyarham merupakan seorang arkitek kerajaan negeri Johor dan telah kembali ke sisi Ilahi pada tahun 1993.

Pencipta bendera Malaysia.
   Itu sahaja yang dapat kawe catatkan.

Berkhidmat Untuk Negara
6209392 PM Zainal
9W2FLV

rujukan : http://www.kujie2.com/artikel/sejarah-jalur-gemilang.html.
ubah suai dari nota Facebook kawe  http://www.facebook.com/zulualpha1985

No comments:

Post a Comment