Sunday, October 7, 2012

KECEWA.

Apabila disalah ertikan.

Terbaca satu laporan akhbar terkilan dengan laporan yang disampaikan.
Walaupun kawe tidak seberapa lama terlibat dalam hobi ini,tapi tersentuh rasa terkilan apabila hobi yang kawe minati ini salah ertikan.Kawe seorang pengendali Radio Amatur di Malaysia,pengendali yang diperakui kompeten oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia-SKMM untuk mengendalikan Radas Amatur Kelas B dengan Isyarat Panggilan 9W2FLV.
Kawe memiliki beberapa unit walkie talkie atau hand held atau handy.Tidak disangkal lagi setiap pengendali Radio Amatur semestinya mempunyai walkie talkie yang akan dibawa kemana sahaja.Namun,tidak semestinya yang membawa walkie talkie itu pengendali Radio Amatur.
Kerana kurangnya pendedahan masyarakat umum tentang apa itu Radio Amatur,mula terjadi salah erti.
Terdapat perbezaan ketara diantara pengendali Radio Amatur dan pengguna walkie talkie,perbezaannya boleh dilihat pada peralatan yang digunakan,tatacara perbualan.

VHF

Walkie talkie yang digunakan pengendali Radio Amatur selalunya dalam jalur 2 meter iaitu VHF 144MHz-148MHz atau jalur 70 sentimeter UHF 430MHz-440MHz(tidak meluas digunakan).
Manakala walkie talkie yang digunakan pengguna lain adalah jalur UHF atau juga dikenali sebagai :




FRS&GMRS

Family Radio Service-FRS dan
General Mobile Radio Service-GMRS 462.550MHz-467.7250MHz



PMR446
Profesional Mobile Radio-PMR 446MHz
Penggunaannya adalah tidak memerlukan perakuan kompeten dari SKMM dan jarak selang frekuensi adalah 12.5KHz.


Bersama2 kita jaga hobi yang unik ini.
9W2FLV
Terima.
Ganti.

No comments:

Post a Comment