Saturday, April 27, 2013

Bila April

27 April 2013,merupakan 27 April yang ke 28 dalam hidup kawe,dalam tak sedar umur kawe dah bertambah.
Alhamdulillah rezeki murah walaupun kadang kala kehabisan wang belanja sebelum hujung bulan.(hehehe).
Bila berada jauh dari keluarga tiadalah sambutan untuk kawe.Sambutan bukanlah sepertimana orang lain sambut dan rai,ada yang buat tiup lilin atas kek,ada parti.
Kawe rai secara biasa,tiada lilin ,tiada kek,hanya jamuan ringkas dengan kuih buatan sendiri mek (mak) kawe iaitu Cekodok Pisang.


Maka bila berjauhan begini susahlah kawe mahu menikmati kuih tersebut.
Sememangnya cara membuatnya mudah dan ringkas,tetapi yang menjadi idaman kawe adalah hasil air tangan mek kawe sendiri.
5 Mei 2013 kawe akan pulang,kesempatan itulah kawe akan guna untuk menikmati kuih itu.

Mek !!!!..nok jeput pise !!!.

1 comment:

  1. Nal selamat menyambut hari lahir ke 28....macamana aktiviti HAM RADIO...tak ada catatan doh ko?, cerita make saja nih.

    ReplyDelete