Tuesday, March 11, 2014

BUJANG

IDEA DATANG TAKALA
PERUT LAPAR.



Keseorangan lagi kawe hari ini,perut mula lapar,tapi idea pula datang.Sebelum ke kedai untuk menjamu selera,kawe catat dulu diblog kawe.
Umur sudah menghampiri angka 3,namun masih lagi sendiri,bukannya tiada calon yang sudi,tapi peruntukan yang menghalang.Tiada apa yang hendak kawe risaukan,bukannya kerja kawe,semuanya telah tertulis,kawe terima dengan redha disusuli dengan doa agar jodoh yang menjadi rahsia kepada kawe cepat dipertunjukkan.

Bukanlah kata kawe tidak sabar atau gatal,teringin juga untuk hidup berdua dengan wanita yang bergelar isteri,teringin hendak rasa kebahagian berumah tangga.
Sahabat-sahabat asyik mengusik,sedikit kawe tidak terasa terusik,hanya tersenyum,bila anda yang sembang deras,akan kawe cantas dengan ayat yang sedikit berperisa cili padi.
Ada yang berdalil hadis,kawe sokong,namun dengan dalil hadis juga kawe membalas.Kerana kawe tidak boleh terima jika ada yang mengambil hadis untuk kepentingan diri sendiri.

Sambil mengumpul duit,kawe telah terima satu idea dari seorang kawan (bekas pesyarah kawe),idea itu kawe ambil guna dan pakai.Cincin telah tersedia dibeli,hanya menanti jari yang sudi disarung cincin yang tidak seberapa nilai.Cadangan agar kawe kerja sambilan tidak dapat kawe terima,kerana masa kerja tetap kawe tidak mengizinkan.



Kerisauan tidak diperlukan,andai sampai masa ia tiada siapa yang akan menyangka,setiap satu yang terjadi adalah ketentuan DIA,yang tahu segala apa yang ada dihati makhlukNYA.Mungkin itu ujian untuk kawe.

Sekian,

No comments:

Post a Comment