Monday, March 24, 2014

klasik

94.9 MHZ FM
RADIO KLASIK

Dulu bila hendak pergi kerja,kawe akan dengar radio HotFM,tersenyum dalam kereta keseorangan melayan kerenah Fara Fauzana,AG dan Fizi dalam segmen AM Krew.


Waktu pulang pula kawe layan HotFM Jams,Kiran,Ikwan dan Liza,sambil dengar Jam Bengang,Jam Rindu dan lain-lain.

Mac 2014,dalam mencari ilham hendak siapkan satu lagu dikir barat,kawe tukar ke stesen seterusnya,iaitu stesen Radio Klasik,kenapa Radio Klasik?.


Radio Klasik menyiarkan lagu lama,yang mana iramanya bersesuaian dengan irama lagu dikir barat yang kawe tengah tulis,harap dapat ilham yang molek,lagu dikir tersebut kawe tulis khas itu Mek (Mak) kawe.
Pertama kali dengar radio Klasik,kawe kehairan,suara salah seorang dari penyampainya seakan kawe kenal,Abang Ebby Halim Al-Firdaus,kawe tidak tahu bahawa beliau telah ditukarkan ke Radio Klasik dari Radio Malaysia Kelantan.Maklumlah,berada diperantauan.

Sebelum Kawe akhiri catatan ini,kepada pembaca yang hendak datang ke Kulim,Kedah,berikut adalah frekuensi untuk :
HotFM - 88.2MHz FM
Radio Klasik - 94.9MHz FM
Dan jika pembaca adalah penggendali stesen radio amatur,V30 - 145.375MHz FM.

Sekian,

sumber :
- http://ts2.mm.bing.net/th?id=HN.608056258395048545&pid=15.1&H=96&W=160
- http://ts4.mm.bing.net/th?id=HN.608007192692590131&pid=15.1&H=115&W=160

No comments:

Post a Comment