Monday, April 7, 2014

ada lagi dan zaman pun dah moden.

KAD QSL
MELALUI
E-QSL


Selama guna Motocool mc-7777.setakat catatan ini sebanyak 51 kontek dan 23 negara berjaya dicapai,namun begitu ada juga kontek isyarat panggilan yang sama.Dua mod digunakan iaitu SSB (USB) dan PSK31.
Jalur frekuensi pula adalah jalur 10 meter.

Sedikit Maklumat.
Peruntukkan Radas Kelas B :
- Jalur Frekuensi.
  • 10 Meter = 28MHz higga 29.7MHz .
  • 6 Meter = 50MHz hingga 54MHz.
  • 2 Meter = 144MHz hingga 148MHZ.
  • 70 Sentimeter = 430MHz hingga 440MHz.
- Kuasa Pancaran Maksimum.
  • 50 Watt PEP.
 - Kelas Pancaran.(Rujukan Buku Panduan SKMM)
  • A3E
  • F1A
  • F2A
  • F3E
  • J3E
  • R3E
 Untuk peruntukkan jaluran yang lebih perlulah berpindah ke kelas A,syaratnya perlulah mampu untuk berkomunikasi menggunakan mod Gelombang Berterusan (CW) atau Kod Morse dengan kadar penghantaran 12 perkataan seminit.Bagi kawe,tidak puas lagi menjelajah kelas B.CW telah pun kawe pelajari,namun tahap kemampuan masih lagi rendah.

Dalam perhubungan melalui radio,kawe telah terima beberapa kad QSL iaitu kad tanda perhubungan melalui Radio Amatur telah berlaku dengan jaya.Begitupun,kad yang diterima adalah secara elektronik.

Berikut adalah kad yang diterima ;

Kontek Pertama SSB (USB)


Kontek Pertama PSK31
Kontek Pertama dari Malaysia














Tersilap Log.












Insyaallah ada rezeki,kawe mahu cari radio yang lebih sikit fungsi dan kualitinya,bila sudah mampu,barulah fikir naik tarf.
Setakat ini dahulu kad yang ada,lepas ini cuba dapatkan kad yang kertas pula.

9W2FLV
Zainal
73/88.

rujukan :
- http://www.qrz.com/db/9W2FLV
- http://eqsl.cc

No comments:

Post a Comment