Wednesday, April 30, 2014

hukuman

HUDUD

HUDUD,dalam akhbar,dalam blog dan dalam pelbagai media semuanya perbincangan tentang HUKUM tersebut.Setelah membaca media tersebut,saya pelik dan hairan kerana belum lagi timbul persepakatan antara rakyat.Rakyat bukan beragama Islam bersepakat untuk menentang perlaksanaannya,yang hairannya hukum itu hanya akan dilaksanakan di Kelantan yang menentang bukanlah rakyat Kelantan.

Dilahirkan sebagai seorang Muslim, alhamdulillah.Hidup pun sebagai seorang Muslim, alhamdulillah.Mati pun sebagai seorang Muslim, insyaallah.
Yang peliknya mereka ini pun turut menentang, katanya hukuman tidak adil.Apa yang tidak adil??.
Hukuman khusus untuk Muslim,hukuman yang bukan boleh dilaksana dengan main-main.Tidak belajarkah dahulu ?.

Orang bukan Islam menentang mungkin kerana mereka belum tahu apa itu hudud dan cara perlaksanaannya,namun,bagaimana pula dengan orang Islam yang telah diajar tentang HukmulFiqh,lupakah mereka akan munasabah hukuman ini untuk orang Islam?.

Saya hanyalah seorang pelajar yang belum lagi mahir dalam hukum-hakam manusia inikan pula hukum-hakam Allah.Sama-samalah kita mengaji.

Zainal Abidin ibni Ghazali ibni Isa ibni Salleh ibni Abihi wa abih.
Terima kasih..

No comments:

Post a Comment