Tuesday, October 23, 2018

JOTA JOTI 2018

SMKSB 2018

Jamboree Pengakap tahun ini telah di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah,Kulim dan merupakan stesen bagi negeri Kedah.Kawe masih lagi terlibat walaupun kawe menetap di Pulau Pinang pada waktu ini.

persiapan antenna.


Penyertaan seramai 1500 orang belajar dan diiring oleh guru masing-masing bagi mewakili sekolah mereka dalam aktiviti JOTA ke-61 ini.Walau pun kelengkapan radio yang sederhana kami tetap usahakan supaya aktiviti ini berjaya memenuhi maksud ia diadakan.
Stesen HF
Kawe kali ini diberi tugas untuk membantu para peserta mengendalikan radio HF bersama kawe pada hari tersebut adalah 9W2SFX,9M2EEE meski pun didalan senarai tugas terdapat beberapa orang lagi namun pada hari tersebut perubahan terjadi bagi memudahkan dan melancarkan aktiviti.

Di bilik pameran
9M4SJKK adalah tanda panggilan stesen kami pada rahun ini.Biarpun hanya dapat beberapa stesen antarabangsa (YBland) dan tempatan kami merasa lega kerana dapat dedahkan kepada pesertaan kaedah asas dan keadaan perhubungan melalui radio HF.

cubaan

Kawe telah sediakan antenna untuk melakukan komunikasi melalui satelit tetapi cubaan kawe gagal kerana tetapan radio dan radio yang digunakan kawe tidak biasa.


sebelum pulang rehat


Malamnya kawe hadir lagi untuk meneruskan aktiviti bersama pengakap kelana yang bermalam di SMKSB sehinggalah mereka beransur kebilik untuk berehat,maka kawe dan rakan yang ada mulakan mengemas kelengkapan yang telah digunakan untuk dibawa pulang.

sesi malam

kemas-kemas

9M2NAL

No comments:

Post a Comment