Monday, April 13, 2020

Hendak mengajar

DENDA ATAU PEMBELAJARAN



  Tidak siapkan kerja sekolah,ketuk ketampi,silap semasa pelajaran kawad,satu kumpulan tekan tubi.Ada pelbagai cara lagi yang digunakan itu mencapai tujuan dan hasrat dalam perjalanan pengajian dan pendidikan ia di panggil DENDA.

  Denda mengikut carian umum di web DBP ialah hukuman kepada kesalahan yang agak kecil ( http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=denda) seperti mana ketuk ketampi,tekan tubi,berdiri luar kelas dan pelbagai lagi yang tidak mendatang mudarat kepada fizikal manusia yang menerima perbuatan itu.

  Adakah hukuman ini diberi untuk menyakiti individu yang berbuat kesalahan kecil itu?.Tentu sekali tidak,tiada seorang ayah atau ibu yang menghukum kesalahan anak mereka melainkan ingin memberi pengajaran bahawa perbuatan yang telah dilakukan adalah salah maka denda berfungsi memberi peringatan agar tidak mengulangi perbuatan itu kembali.

  Begitu juga disekolah atau mana-mana institusi pendidikan,seorang guru menghukum muridnya bukan kerana benci atau marah,murid diberi hukuman agar sentiasa ingat akan kesusahan yang lebih perit sekiranya tiada ilmu dalam dada.Denda dijalankan supaya murid memberi tumpuan yang lebih dalam mendapatkan ilmu yang mana memberi manfaat kepada diri mereka di hari dewasa kelak.

  Sedikit pengalaman didenda semasa menjalani latihan kawad,seorang melakukan kesalahan semua ahli pasukan lain akan turut menerima denda yang sama iaitu tekan tubi.Denda ini bukan sekadar denda yang suka-suka jurulatih kenakan,ia mengajar kami akan semangat kerja berpasukan juga memberi kami lengan,bahu dan abdomen yang lasak dan tenguh.

  Pada pendapat saya denda juga merupakan sebahagian daripada pembelajaran dimana murid atau anak diajar supaya berfikir dengan jauh dalam mengambil keputusan dalam sesuai perbuatan atau keputusan dalam hidup mereka.Sesal dulu pendapatan jangan sesal setelah mendapat denda.


ZAINAL ABIDIN GHAZALI

No comments:

Post a Comment