Friday, April 10, 2020

Kesedihan

COVID-19,WABAK DAN UJIAN



   Pandemik COVID-19,permulaan tahun 2020 yang menyedihkan dengan penyebaran virus yang memudaratkan dunia dengan masalah kesihatan yang boleh membawa kepada maut.

  COVID-19 atau Coronavirus Disease 2019 merupakan virus baru yang telah diketahui cara penyebarannya adalah melalui manusia ke manusia seperti :

  • Bersentuhan antara individu lain dengan individu pembawa.
  • Titisan yang terhasil apabila pembawa bersi,batuk atau bercakap.
  • Titisan masuk ke paru-paru melalui mulut dan hidung orang berhampira apabila disedut melalui pernafasan.
  • Kajian juga mendapati penularan juga dilakukan oleh individu yang tdak menunjukan simptom jangkitan.
  • Kekalkan jarak sosial 1 meter dan ada juga mencadangkan 2 meter sebagai langkah pencegahan.
  Kemungkinan penularan juga boleh berlaku melalui sentuhan permukaan atau objek yang telah tercemar.Ini berlaku apabila tangan yang menyentuh permukaan dan objek tercemar digunakan untuk menyentuh mulut,hidung atau mata.Sebagai langkah berjaga tangan hendaklah dicuci dengan kerap menggunakan sabun atau sapuan tangan berasaskan alkohol serta kerapkan mencuci permukaan yang sering disentuh,contoh tombol pintu.

  Simptom jangkitan boleh rujuk rajah di bawah,

RTM


  Langkah pencegahan penularan virus telah diambil oleh pihak kerajaan dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP.Perintah ini bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020 (fasa 1),1 hingga 14 April 2020 (fasa 2) dan 15 hingga 28 April 2020 (fasa 3).Bagi kawasan zon merah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.Didoakan perintah ini berjaya membedung penularan COVID-19 dengan cepat.



 Petugas barisan hadapan yang berusaha dalam memastikan proses saringan,rawatan,kawalan keselamatan berjalan lancar menjadi wira yang telah mendapat pujian dan sanjungan warga Malaysia yang begitu perihatin dengan kesungguhan mereka menunaikan  amanah yang telah dipikul oleh mereka biarpun ada yang tidak dapat bersama keluarga yang disayangi.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/564468/adtec-kulim-hulur-bantuan
   Tahniah dan terima kasih juga kepada warga Malaysia yang berjiwa murni dan sayangkan negara telah memanfaatkan ilmu yang ada dalam menyumbang kelengkapan perlindungan untuk petugas barisan hadapan.Tidak kurang juga rasa bangga kawe kepada institut pengajian kawe dahulu yang juga bersama menghulurkan tenaga,kawe hanya mampu menumpang bangga.TAHNIAH ADTEC Kulim terutamanya Jabatan Teknologi Perkakasan.


  Ucapan terima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana memberikan bantuan kepada rakyat dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan ini.Bersamalah kita menjadi warga Malaysia yang bertanggungjawab untuk memastikan rantaian penularan pandaemik ini dapat diputuskan dengan kadar segara supaya dapat kita merayakan Aidilfitri dengan rasa gembira dan kesyukuran.

  Sebagai seorang muslim yang sering kali turun naik iman di hati,bersamalah kita berusaha,berdoa dan bertawakkal supaya pandemik yang menjadi ujian segera hilang dan reda dengan itu dapatlah kita meneruskan amal ibadat seperti solat berjemaah di masjid sebagaimana sebelum ini.

INSHA ALLAH!.

No comments:

Post a Comment